Sunday, June 27, 2010
cantiknyer.... phone ni..
phone LG watchphone GD910-simple dan mudah dibawa... my phone one day.. wah.. dah berangan dah...
Saturday, June 26, 2010
Kisah Benar
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru Al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!" Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam Qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu". Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi...... entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu... saya sendiri jadi bingung.. bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.. ya, saya kata ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu marah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri.. tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.. Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja dikalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah.. didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah.. saya lihat ibu menangis.. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........ dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya".. air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai... hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa : aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati
Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik
Isteri jiranku : Subhanallah.. sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa : Mak Cik.. selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung.. tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai.. sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..
Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami
Annisa : apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung
Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung...mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan.. ketika ditiup sangkakala yang kedua.. pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam-macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . . Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah.. Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia-sia" Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin Subhanallah.. saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam...
Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A89965&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0s0wDAwT

Wednesday, June 23, 2010
kenapa ini terjadi?
Selalu kita tertanya kenapa ini terjadi pada kita dan bukan pada orang lain? allah maha besar, apa yang kita terima hari ini adalah apa yang allah sudah tetapkan.. carilah nikmat yang allah kurniakan ini sebaik mungkin, jangan kerana nyamuk kelambu di bakar..
hari ini padat dengan kelas, jumpa ngan someone buatkan satu cerita yang ku tak ingin terjadi , berlaku sekali lagi.. mak dan bapak sudah cukup terasa garam dari kita..tapi, kenapa kerana duniawi ini ,kita sanggup menyakiti hati mereka yang allah telah cipta sebelum kita? semasa cuti sem yang lepas, aku telah rasa apa yang mereka rasa.. kejayaan orang lain adalah rezeki mereka, kita harus cipta identiti kita sendiri dan terus maju kehadapan.. aku sedar aku bukanlah bagus sangat dalam menasihati orang lain dan aku bukannya bagus sangat pun.. tapi, untuk menguris hati mak dan bapak aku cukup sensitif... kalo parasit boleh lar di sapu ubat..
kelas dr Thaaer belajar, How to take patient history?Name,Age & DOB,marital status,social occupational, family history, present complaint(chief complaint),history (Hx of present illness), previous illness.
eg: patient cc about blood stains sputum we should write the as patient complaint.. not in medical term like haemoptysis.. unless, the patient is medical doctor (but usually doctor don't) we also learn about the correct way to put the state scope on our neck not like the picture,
hari ini aku belajar human & environment (HEI) pasal classification, terminology.. h/w: definition of parasitology? lepas tu klas
so many things to settle today... tomorrow... next-next................
entah kenapa rasa benci pulak tengok lelaki komen gambar2 perempuan.. betulah org kata tak kenal maka tak cinta... dah kenal.............. wa tak tau nk ckp apa... but, i'm glad i don't have anyone to be love.. sbb so many things come in mind sejak kebelakangan ini.. alhamdullilah everything goes smoothly and i feeling glad sebab kawan2 kat sini semuanya baik2 belaka... dapat housemate yang baik2.. everything lah
Tuesday, June 22, 2010
AMARAN!!! cerita sedih
anin baca cerita ni dalam scripter.. sedih sangat, selalunya kita lupa siapa mereka yang penting dalam hidup kita kerana di sekeliling kita dipenuhi dengan bermacam-macam cerita..
MAK anin sayang mak.. BaPAK anin sayang bapak sebab bapak sanggup menjaga kami sekeluarga, dengan sikat anak2 yang bermacam2.. dengan sikap degil anin ni lagi... stubborn.. bila baca cerita di bawah anin rasa nak menangis... kalo boleh anin nak minta kat allah supaya matikan anin sebelum mak bapak.. takde sape di dunia ni yang anin sayang selain keluarga dan mak bapak.. MAAFkan anin......
Ayah aku meninggal 5 Ogos 2002 pada jam 3. 25pm. Perkara yang aku tuliskan di sini adalah untuk mereka yang masih lagi mempunyai orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.
Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan emak yang kesorangan. Anak-anak semua dah dewasa dan berkerja jauh. Hidup ini seolah tiada erti. Selama nie setiap suka duka pasti akan dimaklumkan pada emak dan abah. Kalau naik gaji atau dapat keputusan bagus pasti mereka mereka dimaklumkan sepaya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di Perak menemani mak yang terus menangis.
Syukur, abah meninggal dalam pelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah di telinga kirinya dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya. Ini adalah kali pertama aku melihat saat kematian. Masih terbayang abah memandang jauh kehadapan dan matanya ke atas sambil mengucap dan memejamkan mata. Sungguh cepat dan tenang, semoga roh abah ditempatkan bersama golongan yang beriman.
Syukur solat jenazah abah lebih dari seratus orang. Syukur abah dikebumikan dengan selamat. Sejam sebelum kematian aku sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga. Boleh lah bawak emak berjalan-jalan.
Waktu tu abah dah sihat dan sudah ada selera makan. Selepas itu, abah suruh pergi buat kad pengenalan baru pada esok hari. Sebab abah dan emak baru sahaja buat kad pengenalan baru kelmarin. Abah kata hanya memakan masa sehari sahaja dan tidak perlu ambil gambar dekat kedai gambar kerana pejabat pendaftaran sudah mengunakan digital kamera.
Abah kata jangan pakai baju putih kerana nanti gambar tidak jelas. Tetapi tidak sangka keesokan harinya aku pergi ke sana bukannya untuk membuat kad pengenalan baru, sebaliknya untuk membuat sijil kematian abah.
Apabila Izrail datang mengambil nyawa kita tidak boleh menpercepat atau melengahkannya walaupun sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah di masa tu. Seakan tidak percaya abah hanya melihat ke atas dan menututup mata. Badannya tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma hendak baring sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.
Pertama kali aku pergi ke rumah mayat jenazah, pertama kali naik van jenazah, pertama kali aku membuat sijil kematian, pertama kali tidak tidur dua hari, pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, pertama kali menjirus air mawar, semuanya pertama kali. Dan pertama kali juga aku tidak akan berjumpa abah lagi.
Aku memandikan abah dan memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi, pipi kanan, pipi kiri, dan bangun. Namun, tiba-tiba hati aku ingin terus mencium abah lagi. Aku membongkokkan kaki dan mencium dahi abah semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku selalu cium abah. Tetapi apabila sudah dewasa sudah lama aku tidak mencium pipinya.
Aku dan abang mengangkat jenazah abah dan mengebumikannya. Hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta. Mak hanya memandang dengan air mata sayu, penglihatannya kosong. Setelah 36 tahun hidup bersama abah kini tinggal seorang. Selaku seorang anak, aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah seorang pendiam, sabar dan alim. Jemaah masjid, bendahari masjid dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.
Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang. Memang aku sayang abah cuma dengan abah aku hormat dan memendam kasihku. Lainnya pula dengan emak yang sentiasa berterus terang dan seringkali tidur di peha. Kelmarin, aku baca dairi abah. Tidak sangka abah pun tulis diari. Tiada perkara di dalam dairi itu melainkan perkara tentang anak-anaknya . Semuanya berkisar tentang anak-anaknya.
Aku sendiri tak ingat bila aku membeli kereta tetapi abah catat 18 February: Rizal beli kereta satria hijau 1.6. Abah catat setiap kali anaknya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku telefon dari KL dan terdapat juga dalam catatan abah. Semuanya abah catat berkenaan anaknya. Abah catat Rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. Abah catat Kak Se keguguran. Abah catat Shaifol, abangku yang sulung ke KL. Menangis kami semua apabila membaca dairi abah.
Abah sayang anaknya tetapi tidak pernah tunjuk sebab abah lebih suka mendiamkan diri dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga dengan orang lain, abah hanya banyak bercakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja. Ada kawan kampung abah baru-baru ni cakap;
"Abah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang".
Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku selalu fikir yang aku bukan anak yang baik. Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil, kedai dan lain-lain memang semua tersusun. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru. catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur". Abah gariskan perkataan ingat kubur dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal. Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka.
Abah memang suka budak kecil. Pantang berjumpa anak kecil pasti di dukungnya, bawa berjalan-jalan. Cucu-cucunya setiap kali balik pasti hendak tidur bersamanya. Kini semuanya sudah tiada. Ya Allah, aku tidak tahu bagaimana kehidupan ini untuk diteruskan tanpa abah. Aku baru bercadang hendak balik dan bertekad bonus tahun ini akan ku berikan abah dan emak masing-masing seribu ringgit. Tetapi Allah lebih menyayangginya. Abah meninggal 5hb tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk pada 10hb Ogos 2002.
Tidak sangka bonusku digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah. Tok Imam ada memberitahu kepada kami;
"Kubur ayah dikorek selepas itu ditanam tetapi tanahnya masih penuh dekat tepi. Terlebih, tandanya seorang yang pemurah. Sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tidak cukup tanah."
"Abah kamu wajahnya senyum walaupun sudah meninggal"
"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih. Tidak ada kotor, najis pun tidak ada"
Perkara itulah menyedapkan hati kami. Aku solat Jumaat minggu sudah di Masjid. Aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis.
"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu."
Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun. Ya Allah, sesungguhnya kehilangan ini memberi hidayah kepada aku. Talkin buat abah masih segar.
"Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"
Kita yang hidup akan pergi juga. Lelaki berat tanggungjawabnya. Suami menanggung dosa isteri dan anak-anak. InsyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama. Cuma, aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah. Emak juga seorang yang solehah. Aku yakin Allah Maha Pengampun dan Maha Bijaksana dalam menentukan Al-Mizan.
Dahulu emak dan abah setiap waktu ke Masjid. Di rumah mereka sentiasa berdua. Tetapi sekarang ini, emak kata emak takut hendak ke masjid seorang diri. Takut hati tidak tenang teringatkan abah. Inilah perasaan aku sekarang.
Buat kalian yang masih ada emak dan ayah jadikan ini iktibar. Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir dan curahkan kasih sayang tanpa selindung. Tunjukkan kasih sayang anda
(** luv u dad)
Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A325368&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0raUNO3tj

Sunday, June 20, 2010
selamat pagi
berita terkini, akan bersambung sebentar lagi........
abis kelas jam 10 pagi tadi , anin prepare utk next class jam 2 ptg.. no one at homw except Cat .
Read more: http://scripters.ning.com/#ixzz0rSggnJxq

Carilah Akhirat, Dunia Pasti Mengikutmu.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dikira Mukmin yang sempurna keimanannya, orang yang tidak menganggap bala itu nikmat dan kemewahan itu musibah (bala)" (Riwayat al-Tabrani)
Dari Kaab bin Iyad lah.a. berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta" (Riwayat Al-Tirmizi).

Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan Akhirat.
Allah s.w.t. berfirman "Jika kamu bertelingkah pendapat pada sesuatu, maka kembalilah dia kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, kerana itulah yang lebih baik, dan lebih bagus kesudahannya" (Surah An-Nisa:59)
Jika anda silap memilih jalan hidup dan tidak mengendahkannya, kesannya amatlah besar. Oleh itu, sentiasa bermuhasabah dan pastikan anda berada di jalan yang betul, yakni jalan yang lurus.
Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang dan hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Allah S.W.T yang menciptakannya. (Jangan Mengumpat)
Islam kerana Tradisi, Islam kerana Famili,
Mengapa Tidak Islam Kerana Mencari.

Saturday, June 19, 2010
sheila on 7- pemuja rahsia
Pemuja Rahasia - Sheila on 7
nanan... nanannana... nananna...
kuawali hariku dengan mendoakanmu
agar kau selalu sehat dan bahagia di sana
sebelum kau melupakanku lebih jauh
sebelum kau meninggalkanku lebih jauh
ku tak pernah berharap kau kan merindukan keberadaanku
yang menyedihkan ini
ku hanya ingin bila kau melihatku kapanpun dimanapun
hatimu kan berkata seperti ini
pria inilah yang jatuh hati padamu
pria inilah yang kan selalu memujamu
begitu para rapper coba menghiburku
aku lah orang yang selalu menaruh bunga dan menuliskan cinta di atas meja kerjamu
aku lah orang yang kan selalu mengawasimu
menikmati indahmu dari sisi gelapku
dan biarkan aku jadi pemujamu
jangan pernah hiraukan perasaan hatiku
tenanglah tenang pujaan hatiku sayang
aku takkan sampai hati bila menyentuhmu
* mungkin kau takkan pernah tahu
betapa mudahnya kau untuk dikagumi
mungkin kau takkan pernah sadar
betapa mudahnya kau untuk dicintai
aku lah orang yang akan selalu memujamu
aku lah orang yang akan selalu mengintaimu

repeat *
karena hanya dengan perasaan rinduku yang dalam padamu
ku pertahankan hidup
maka hanya dengan jejak-jejak hatimu
ada artiku telusuri hidup ini
selamanya hanya ku bisa memujamu
selamanya hanya ku bisa merindukanmu
Thursday, June 17, 2010
new HoUSE and new sem at new MSU
inginku katakan macam-macam.. kat sinilah tempatnya aku ingin luahakn ketidak puashatian,penyesalan, kegembiraan dan pesanan. mungkin ini first time aku cuba untuk duduk di depan laptop dan menceritakan perjalan harianku.. ada lar sedikit rahsia harus aku rahsiakan, walaupun bersama orang yang aku sayang.. kenapa sejak kebelakangan ini aku selalu dengar orang bertunang dan kahwin?? bukak je facebook tengok gambar orang bertunang lar.. kahwin lar.. ada musim orang sebaya denganku hampir semuanya sudah bercouple dan bertunang..
sebelum ini, aku pakai inai di jari se10-10 jari takde sape yang tegur.. rasa malu gak kalo orang tanya.. semalam 16 jun 2010, kalashini orang pertama yang membangitkan isu inai.. malunyer.. gatal nak kahwin k?? apa yang aku buat hanya senyum dan bercerita bagai mana kami bertiga fatihah & fina teringin nak merahkan jari tangan dan kaki.. akibat merah yang ada ditangan aku balut jelah semua jari warna merah.. mak tengok jer semacam jariku merah.. kak nani tlg touch upkan inai yang tak sempurna hancurnya dan tebalnya.. aku tambah sedikit asam jawa dalam (dengar petua pakai asam jawa boleh buat) inai merah menyala... cuba lar.. memang betul.. experimen berjaya.. hohoho..
Mak anin selalu melukakan hati mak.. mulut anin ni tak reti nak jaga, selalu aja mengikut naluri memberontak.. tapi anin puji mak kerana sudi menjaga anin semasa sihat mahupun sakit.. tapi, mak kena lah jaga jugak kesihatan mak.. jangan makan roti canai hari-hari tak elok lar.. roti canai berminyak dan banyak kolesterol.. tambah lagi mak minum kopi.. anin memang tak boleh minum kopi sebab kopi, nescafe membuatkan anin pening kepala.. bukan anin nak memilih tapi anin memang tak boleh terima air tu... milo adalah no.1 bagi anin.. mak, anin pakai inai sebab anin rasa anin tak dapat hidup lama.. selagi anin bernyawa anin teringin gak nak pakai inai , di hati anin tiada sesiapa pun yang istimewa selain mak & bapak.. keluarga bagi anin segalanya.. macam doktor thaaer kata we not a robot, we have feeling and instinct.. imagine.. a story about a doctor that work in hospital sending by her parent early in the morning , in the evening she receive her parent dead body... kalo terjadi pada sesiapa pun di dunia ini pasti kan sedih & menangis teresak-esak..
adakah patut aku hidup jika mereka yang disayang tiada di dunia ini lagi? ya allah.. aku teringat cerita mak mengenai keluarga bapak.. dulu atok (yang tak pernah aku jumpa) kerja jadi penterjemah bahasa di sebuah firma guaman dan opah suri rumah. kata mereka dulu opah and atok orang kaya disitu.. adik-beradik bapak ada 6 orang tapi seorang atas bapak meninggal dunia semasa umur 6 tahun.. jadi hanya 5 orang sahaja yang hidup membesar dan mempunyai kerjaya. cerita atok meninggal sedih juga sebab atok takde sakit teruk.. dia sakit lepas kejadian abg haris(cucu atok anak mak yong) kena langgar kereta.. ayah kepada budak tu (haji arshad) datang ke rumah atok dan marah kerana atok tak reti jaga cucu menyebabkan dia patah kaki.. budak umur 8 tahun main kat tepi jalan.. kesian atok tak abis-abis salahkan diri sendiri sebab manjadi penyebab budak tu kena langgar.. kalo anin ada zaman tu.. sure, anin akan marah balik bapak budak lelaki (menantu hantu) atok tu... kerana tertekan atok hilang selera dan meninggaldunia.. tak sampai sebulan selepas tu opah pulak meninggaldunia.. macam berjanji pulak opah&atok ni. kubur mereka pun sebelah dengan kubur aki jabot dan isteri beliau.. aki jabot merupakan moyang aku yang di kagumi sebagai seorang yang tinggi, berharta dan beriman.. dari gambar yang bapak simpan dapatku lihat riak wajah moyangku seorang yang periang,penyayang dan warak. bapak cerita lagi, haji arshad tu penah kutuk atok sembahyang tonggang-tonggek belum tentu masuk syurga.. kesian atok dapat menantu macam tu.. tak reti jaga mulut dan hati orang tua.. lepas tu atok ku nasihat lar, rugi sapa tak solat nanti masuk neraka.. boleh pulak dia cakap.. takpelah masuk neraka boleh jumpa the beatles.. adoi..... macam tu pulak ceritanya.... tergelak anin dibuatnya, bila bapak bercerita... masa bapak cerita tu kami dlam perjalaan dalam kereta hendak ke pelangi, damansara..
Tuesday, June 15, 2010
cuti sem yang lepas..
Sepanjang cuti sem selama 2 minggu dari 1 jun 2010-13 jun 2010, bemacam-macam perkara terjadi, sedih mahu pun gembira terjadi.. bermula dari aku turun tangga bas di medan kid, menarik bag ke railway station.. nasib baik tiada apa terjadi.. hajat di hati ingin suprise kan mak bapak but abg jafrul dtg ngan bapak.. terasa ipoh ini begitu indad dan permai dengan penduduknya yang baik, pohon saga yang rendang.. meneduhi kepanasan yang ku rasa.. menarik bag milik bapak ini menambahkan gayaku seorang perantau yang pulang ke kampung yang telah lama ditinggalkan..
sebaik tiba di greentown mall aku dan bapak suprise kan mak.. mak selalu telefon bertanyakan bila aku ingin pulang.. ya allah jika hidup baik bagiku hidupkanlah aku, tapi jika mati baik bagiku dan keluargaku matikanlah aku.. itulah yangku minta agar aku tak menyusahkan mereka berdua lagi.. mereka adalah insan yang ku kagumi di muka bumi ini, tak sanggupku lukakan hati mereka.. terjatuh dalam toilet ada sakit yang sedikit dapatku rasa tanpa ada sesiapa di situ, aku gagahkan juga diri untuk bangun dan nasib aku baik kerana ia dapat menginsafkan aku tentang sengsara hidup ini.. agaknya jika aku mengandung saat ini kemungkinan aku gugur agaknya kerana jatuhku betul2 sakit.. tapi dengan kuasa allah s.w.t aku tidak mengalami tulang patah agaknya kerana aku rajin minum susu + milo kot.. hehehe..
Pejalanan harianku seperti biasa siap di awal pagi selepas subuh, bersiap untuk ke pasar besar sebelum itu kami makan di mana2 gerai untuk minum pagi.. begitulah sepanjang hari aku akan minum bersama mak,bapak dan kak nani selepas hantar budak2 ke sekolah.. ada suatu hari rasa ingin bertukar selera selain roti canai , kami mencuba mkn di sebuah gerai,tapi org yang order ni.. lain dipesan lain yg dapat.. minta milo kosong 2 dan milo biasa 2 di buat 2 milo o'.. bapak minta wantan hor diberi mee kari.. adoi.. serik gak nk dtg kedai tu lagi.. bila di beri layanan macam tu.. [BANNED]
tapi sepanjang di sana roti canai di pagi hari adalah seakan-akan suatu kewajipan .. aku rasa bertuah kerana aku tidak rasa bosan , kerana menemani mak ke pasar, menjaga kedai adalah aktiviti yang kurasakan seronok, memasak dan mengemas dapur jadi biasa bagiku, mungkin tak ramai yang suka aktiviti ini tetapi terasa masa berlalu begitu pantas..melihat cuti sekolah yang tiba membuatkan aktiviti budak2 bebas tanpa baju sekolah,selagi aunty mereka tak balik boleh lar mereka mengada2.. kalo tak asyik jerit jer kak janna ni.. but, luckly kak janna dgr nasihat anin.. jgn biasakan tinggi suara, bingit telinga ini.. malu jiran dengar..
satu lagi sikap jiran ku yang baku aku sedar dalam kita baik dengan dia , rupanya dia ada cara nak tarik pekerja mak kerja dgn dia.. cari lah org lain.. adoi.. jiran umpama saudara kita yang hampir, dalam baik2 kita tak tahu niat dia sebenar..
Kejadian yang ku tak blh lupa semasa naik kereta uncle rahim pergi ke sungkai , saya dan nabilah tertidur dalam kereta.. jauh gak sungkai ni dari ipoh (rasa mcm masuk kg' sendiri jer)ramai saudara-mara mak disini.. selepas turun tol, uncle berhenti tepi stesyen esso dkt simpang , kemudian kereta myvi mak dan bapak menyusul , uncle rahim pun ikut dari belakang dalam mamai2 aku dengar aunty maah jerit "bang budak tu.. budak tu..." bekali-kali aunty maah jerit... dgr tayar bergesel dgn jalan begitu kuat.. sekali "BANG".. terasa hentakan dikereta seakan benda menghentam dan terpelusuk jatuh..
aku pun terjaga dari dentuman, lihat nabilah aunty maah masih lagi mejerit "budak tu bang, ya allah" aku segera dengan spontan bukak pintu dah terus keluar dari kereta dan lihat sekujur tubuh terterap dalam keadaan kadudukan katak, muka menyembah bumi, aku lantas membaca bismillah dan dalam hati hanya tuhan yang tahu takutnya aku dan aku sedia terima apa saja keadaan mangsa yang dihadapan ku sekarang..
melihat tiada pendarahan teruk di muka dan anggota badannya, aku segera mengerakkan dia agar dia sedar dan respon dari mangsa baik, dia membuka mata dan uncle rahim segera mendukung budak itu untuk di bawa ke klinik @hospital berdekatan.. semasa uncle masuk kan budak tu kedalam kereta, aku segere mengapai selipar dan beg duit mangsa, hanya sebelah selipar yg aku jumpa dan bersepah aiskrim malaysia bertaburan dijalanan.. hendak mengambil tapi itu semua tidak penting, asalkan mangsa sedar dan masih bernyawa itu sudah baik, dengan ilmu first aid yang aku ada dapatlah aku praktikkan ketika itu, niatku untuk membantu datang tanpa disuruh.. kerana aku sedar tindakan pertama kita menentukan magsa dapat hidup atau tidak.. ya aku percaya ajal maut ditangan tuhan tapi, selagi keadaan dapat dikawal dan di perbaiki seeloknya kita bantulah siapa saja mereka ini..sesungguhnya tuhan itu maha pemurah dan penyayang..
semasa menaiki kereta... mencari klinik berdekatan,budak ini bangun dalam keaadaan terpinga-pinga..aku biarkan saja dia begitu, lelaki yang berada ditempat kejadian kemalangan , memberikan isyarat tangan megarahkan kami mengikut jalannya.. uncle org ni nk tlg kita.. menuju ke klinik yang pintunya masih lagi tertutup, uncle mendukung budak itu yang masih belum diketahui nama lagi untuk masuk ke dalam klinik, lelaki bertopi kuning ini cuba membantu dengan memanggil petugas klinik merawat mangsa.. dalam hatiku (baik sungguh org ni,sedaya-upaya cuba membantu menunjukkan arah ke klinik dan memanggil petugas medikal). semasa bertanya apa nama adik, dia tidak menjawab hanya terdiam dan mula meronta untuk pulang, semasa bertanya ayah apa nama? dia kata ayah dah lama meninggal.. kami menjadi serba-salah kerana bertanyakan soalan yang salah.. kemudian budak tu mula menangis inginkan mak.. kami terpaksa menipu dengan mengata mak dalam perjalanan, apa harus aku lakukan?? budak ni nampak tak apa2, tapi adakah keadaan dia benar2 ok? atau hanya luaran saja? semasa menunggu, datang seorang cina dengan t-shirt dan seluar pendek mengayuh basikal di luar kawasan klinik, ada apa ni? budak ni baru saja kena langgar dengan kereta pagi ini.. ok2 , bawak masuk.. hari ahad.
patut la dia berpakaian begitu, hari minggu di sungkai tak banyak kes serious yang harus di handle,jadi penampilan tidak penting asalkan nyawa mangsa dapat di selamatkan, aku mula terbayang langkah seterusnya yang akan dilakukan, Dr ang, rupanya dia sudah lama berkhidmat di sini sampai uncle rahim pun kenal dengan dia, semasa dia berkhidmat di tapah 10 tahun dulu.. macam jejak kasih pulak, selepas dr ang buka pintu kami pun masuk, wah aircond kuatnya..terasa angin sejuk.. aku dan nabilah memapah mangsa ke dalam klinik, doktor ni baik .. adik duduk dulu, nanti kita beli ais krim yang adik jatuh tadi lepas rawatan ya.. gayaku cuba memancing budak ini untuk kurang menangis.. doktor check blood pressure, heart rate.. then, he clean those wound with antiseptic.. budak tu masih lagi menangis dan inginkan mak dia.. aku tak dapat melakukan apa selain cuba menenangkan dia, tapi doktor kata biasalah tu dia stress,kadang-kadang patient boleh react lebih dari tu sebab dia masih lagi blur dengan accident yang happen.. in that case, just leave her like that because in that manner she can slowly calm down.. after the treatment, they will send her to hospital slim river to get the well treatment and x-ray. walaupun kita tak nampak luka tu but internal bleeding is more dangerous than that...so the best to get treatment in hospital because the victim is children.
so rancangan ingin ke rumah kenduri kahwin bertukar menjadi melawat hospital.. segalanya perancangan allah, kita hanya mampu merancang dan tuhan menentukan.. ada hikmah di sebaliknya.. (bersambung)