Saturday, November 19, 2011

kisah jatuh cinta..

tiba-tiba je tajuk entry kali ni jatuh cinta... jatuh cinta dgn siapa??
ish3... saje je buat suspen...

huhuhu... cuti sekolah yg di penuhi dgn aktiviti2.. apa anin buat yer?? mula2.. seminggu cuti tu anin berhasrat nk jadi petani moden.. waaahhhha.... nak hitam kan kulit & kasarkn tgn.. mula2 cangkul dah mengadu kat mak.. "tangan anin dah rasa keras lah mak.. jadi kasar... " mak kata " biasalah tu... " tapi, anin teruskan juga.. apa org kata... " berbudi pada tanah" huhuhu... anin suka petik2 cili padi warna purple.. unik.. sampai ada ornag kata cili kena celup-kena warna... hahahahha apa2 jelah korg ni.. ini ciptaan tuhan ~ subhanallah..


kebun baru nak buat.. hehhee

terasa ada kwsn perumahan..

rumahu yang tak bergate-berpagar... 

MARI DENGAR CERITA....
 apa tu?? CERAGEM? cera? gem? perkataan dari greek- bermaksud batu + kepanasan...
jom dengar lagu ni dulu...

ceragem-song


      Bukan mudah untuk seseorang menyakinkan orang lain tentang sesuatu produk atau barangan, cerita anin dengar dari mak & bapak pasal rawatan ni tidak lah menarik minat anin.. disebabkan cuti yang panjang.. 5 minggu.. so, takde apa nk buat anin ikutlah mak & bapak jalan satu rawatan ni.. mak kata "anin.. mak dah siapkn beg anin dgn selimut & cadar .. nanti mak bwk turun ek.. pakai lah t-shirt ni.. seluar pinjam bapak punya..~gaya terkejut ku" ha?? pinjam seluar bapak??.. alar mak...seluar warna lain takleh ke? hitam ke??jeans ke?"" takpe...pinjam jelah.. seluar gi mekah tu.. " hurmm.. baiklah mak.. janji anin boleh selidik apa yg mak & bapak buat... "ANIN!!!!!!! cepat siap!!!!!!!!!" mak jerit lagi panggil aku yg sedang sibuk nak tido lepas solat subuh.. uhuk-uhuk..... mak ni.. anin ingat cuti2 ni blh la anin rehatkn badan (geMOK2kn badan) chaiyok2 anin...~saya sedia menurut perintah bonda..

I LOVE my Mum & Dad so Much....
사랑해 (sarang hae)

Jam dah pukul 7 pagi.. kami pun bersiap pergi menaiki kereta pergi ke tempat yg ku sendiri pun tak tahu.. nk buat apa? mcm mana benda tu?? melihat orang di situ kebanyakkannya warga emas.. ada yang elok berjalan.. ada yang terbongkok-bongkok.. ada yang berbalut ditangan. ada yang bertongkat.. macam2 jenis orang yang ada... bangsa cina, india.. dan kebanyakkannya bangsa melayu.. menanti di kaki lima menunggu untuk naik ke atas..

bisik hatiku.. kalo ramai macam ni tak leh segan.. what really they are doing here ?? let's us figure it up.." awak orang baru??" - ni anak makcik-my mom introduce me to one of them.. "umur berapa?" she ask me without hesitate... " 23.. " eh? sebayalah kita..." oh~ I got one new friends here..." berkenalan dgn cik toi, farah,kak wani, kak mas, sheila, adik manager ceragem Molly & manager center silibin- Gillian..

THEY ALL nice towards everyone.. rasa mcm dlm citer confession of shopaholic yg time "rehibilation" ramai2 berkumpul beri semangat antara satu sama lain.... belajar tentang penyakit- heart attack-anatomy-prostate cancer-cervical cancer-tilam latex-macam2 anin belajar.. mula2 rasa segan gak.. dtg hari2.. FREE pulak tu.. tapi, yang menarik minat anin utk dtg ialah bila dengar testimonial-medical history patient2 kat sini..

dari cerita orang kena stroke
uncle karuna- dia ada darah tinggi.. kerja di singapura- family kat Ipoh
ceritanya dia ada darah tinggi tapi tak pernah bagitau family - selalu gak dia call kakak dia kat sini tanya khabar pasal anak dia yg belajar kat Ipoh ni.. tiba2, 2@3 hari dia tak call kakak dia.. -kakak dia jadi tak sedap hati.. kenapa adik dia tak call ni? something wrong with him or he so busy there? kalo busy pun kena sampai berhari2?? tiba2 kakak dia dpt call dari kwn adik dia yg tinggal di singapore.. "akak.. you brother now at hospital..dia kena stroke " berita yang mengejutkan mereka sekeluarga.. kakak dia pun fly to singapore with her husband and sister- sbb kat singapore kena speaking english... so, she bring her sister & husband to follow her..- so, they bring him back to treat at hospital Ipoh... i don't know which hospital.. but she mention dat uncle karuna ada menjalani rawatan reflexology - sbb dia dah kena stroke.. nk bergerak pun payah la.. one lady told her sister..
"why don't u bring him to CERAGEM- near silibin.. kat situ boleh rawat untuk pesakit2 yang lumpuh- kita cuma berikhtiar-berusaha- cubalah tak rugi.. percuma pulak tu"

dalam dia bercerita pasal uncle karuna dia juga ada selitkan.." JANGAN percaya pada anak2!!!!" dengan gaya tegas dia bercakap- "JANGAN PERCAYA anak-anak!!!!!!!"
 anin jadi terkejut.. why she mention like that?? dia tak perasan ke anin ni anak2 jugak.. ramai jugak kat sini ada anak2....then, dia mula bercerita~  rupa-rupanya, dia ada 15 adik-beradik.. takde sorang pun yg dtg tolong jaga mak dia masa mak dia sakit dulu.. dia jugak lah yang jaga mak dia..sekarang mak dia dah mati,  uncle karuna , adik dia.. dia juga yang jaga.. tak SEORANG pun yang datang membantu dia.. HUSBAND dia pun sayang uncle karuna macam ADIK dia sendiri.. sedangkan abang uncle Karuna pun tak macam tu..

flashback-[patutlah masa anin buat rawatan haritu mak tny dia.." u isteri dia ke?? tak.. i kakak dia.. ni isteri dia.."sambil tunjuk pada seorang wanita yang dah baring kat katil- eh? kenapa isteri dia tak tlg husband dia set up katil tu.. dia biarkan je kakak ipar dia buat.. hurmm... i can smell something.. nevermind lah..asalkan mereka bahagia..]

- haemodialysis patient
ada seorang pakcik ni.. dia accident bahu dia jatuh- kena masuk besi- tangan dia pun patah-masuk besi gak.. masa dia kat hospital doktor check dia mengalami kerosakan buah pinggang-kidney failure so, dia perlu jalani rawatan haemodialysis 2@3 kali seminggu kat hospital-dia terkejut jugak sebab sebelum accident dulu dia sihat je.. mungkin betul jugak kata doktor dia pegilah jalani rawatan heamodialysis- sekali rawatan haemodialysis- RM200 /sekali rawatan kali lah dengan seminggu, sebulan dan setahun berapa ringgit dia habis? wlaupun kerajaan dah bagi subsidi.. tapi mahal jugak tu..
RM200 X 3kali rawatan= RM600 (seminggu)
RM600 X 4(minggu dalam sebulan) = RM2,400(sebulan)
RM2,400 X 12(bulan dalam setahun)= RM 28,800(setahun)

dari cerita2 mereka- haemodialysis perlu dilakukan seumur hidup.. sanggupkah hidup begitu??
ngeri jugak bila mendengar citer tu.. kerosakan kidney boleh disebabkan ambil ubat berlebihan pun antara penyebabnya.. memang benar.. amik ubat mampu menyembuhkan penyakit.. tapi, kalau terlalu bergantung pada ubat- ORGAN dalaman pun boleh rosak contoh: LIVER,KIDNEY..

HOW??

pakcik tu citer lah.. dia cubalah buat rawatan urut tulang belakang ni.. kat CERAGEM- lepas tu bila masanya dia perlu jumpa doktor, dia jumpalah doktor.. doktor sahkan kidney dia yang dulunya dah rosak- kembali berfungsi- doktor pun jadi heran.. rupanya kidney dia bukanlah rosak -tapi, cedera- MEANS doktor salah diagnose- hurmmm.. HOW doktor? do u have done ur job properly? tapi, tak leh nk salahkan doktor sbb doktor bukan bomoh- boleh predict b4 org tu dtg kn.. maybe, doktor tu tak buat check up betul2 lah tu.. medical history-laboratory-family history- ect.. takut juga kalau salah buat physical examination-terskip ke-need to face the consequences.. DO YOUR JOB properly yer doktor- salah diagnose-salah bagi ubat [BAHAYA!!!]

cerita pakcik tu menarik minat anin untuk dapatkan lebih byk testimonial- dari patient2 kat situ..
ubat-ubatan yang mereka amik boleh mengancam nyawa mereka-dalam masa yang sama dia merawat.. Pro and cons.. what i need to know is how that bed can help people.. let's selongkar apa rahsia katil batu jade ni...


punca penyakit- spinal cord

anin penah gak nak buat rawatan alternatif- sbb anin tak suka makan UBAT- yelah.. kalo bergantung pada uabat susah gak hidup.. sikit2 pening kepala- panadol- menstruation cram- panadol pink.. alhamdullillah anin kalo sakit sengugut anin selalu tuam perut dengan air botol panas-suam2 la... tak pun ada kwn anin ckp lepas kita seterika baju tutup plug/suis then, sterika berlapik la dgn kain kat perut.. huhuhu.. petua orang dulu2 apa?? bertungku guna batu..

ceragem ni guna cara yang sama jugak.. walaupun dia datang dari korea..
prinsip yang dia guna ialah :-
1. accupressure- berat badan kita sendiri jadi tekanan bkn tenaga orang lain..(bkn org lain urut kita)
2. moxibation - bertungku- kepanasan batu jade
3. Far infra red ray- sama dgn cahaya matahari pagi- sesuai untuk demam kuning kn??
4. massage- urut point dalam badan kita- dipanggil Chi point.. mcm dalam perubatan cina
5. epoxy carbon panel- terletak pada kaki katil.. sama dgn FIR boleh msk kedlam badan 3-7cm 

rawatan ni anin buat mula2.. rasa gak kepanasannya.. 40 minit : 30 minit baring betulkan tulang belakang- 10 minit untuk rawatan perut..
sbb kebanyakan penyakit berasal dari perut .. betul ke?? kalo tak makan tak sakit lah kan?? hahahha.. mana boleh tak sakit.. sakit gak sbb gastric- tak mkn... so enjoy ur life dgn makan2.. mcm mak selalu pesan jgn kedekut bab makan...
disease- dis(tak)ease(senang)= tak senang
sembelit(constipation)- hernia(proturding muscle)-intestine- Low bowel syndrome-stomach-ache- bloating-GERD(gastroesophageal reflux disease),macam2 lagilah...

gambar2 kami semasa di CERAGEM, Slilibin, Ipoh..
waiting for the door to open.. now only 7am                          center silibin depan Esso station...

lepas mak buat check up kat klinik greentown..
doktor check normal -NO disease or anythingelse.. alhamdullillah..
next 6 month jmp doktor lagi utk regular check up..


3 ball-external 
ala-ala bertangas yg selalu diamlkan oleh masyarakat melayu dulu2..

dad also like to try.. everyone also can try what... hehehehe

haPPy birthday ceragem- 13th anniversary

crowd clapping their hands together..

jom hapuskan penyakit mu.. -kak wani selalu ckp

sila, farah, kak mas, kak wani, gillian and molly

waiting according their number..

our number for that day..

the main point in our body- spinal cord + tulang belakang
banyak penyakit dapat dirawat jika tulang belakang anda berada pada kedudukan yang betul,
saraf tak terhimpit -no slip disc

chi point in our body

anniversary

apa KHABAR?? ceria2 selalu- hormon endorphin dihasilkan
happy hormone..

cabutan bertuah-kumpulkan kupon anda- berpeluang memiliki sebuah katil 
dan hadiah2 menarik.








front :dad, mr Kim,mum & kak Yasmin 
back: don't know


dad capture our picture..

listen to mr kim and his translator- kak yasmin

dad khusyuk dengar ke??
gambar ni mengingatkn anin pada seseorang.. hahhaa =P

testimonial taken by wani


mum with someone yg baru dikenalinya.. aunty ni bwk motor sendiri.. 
dia ni muda setahun dari mak... 

taking picture.. uncle tu baru 3 kali dtg.. cantik misai uncle.. hehhe

ucapan takziah kepada keluarga Gillian and Molly atas pemergian mak anda..


cerita kak YASMIN

cik Toi &kak Yasmin
mohon copy dari blog kak Yasmin.. sbb anin tak pandai nk buat blog la... JOM BACA...

  • yasminmatnazri . Blogspot






-Di Malaysia dah ada 10 centre setakat ni, percubaan percuma tanpa had... anda boleh mendapatkan rawatan tanpa bayaran.... centre2 ceragem terdapat di Georgetown(Tanjung Bunga;04-8991508), Ipoh(Gunung Rapat; 05-313 4505), Ipoh(Silibin; 05-526 0957), Setapak(Danau Kota; 03-4022 2800),PJ(SS2; 03-7877 6260), Subang Jaya(Subang Square; 03-5634 5151), Cheras(Pandan Perdana; 03-9274 9196), Ampang(Ampang Waterfront; 03-4292 2100), Seremban(Senawang 1;06-679 1975), JB(Taman Molek; 07-357 2580).




last post- how can i say this entry as "Kisah jatuh cinta"??

hehhehe.. dah mula menyakini dan dah mula "jatuh cinta" dengan diri sendiri... sayangilah diri anda dan orang lain akan mula menyayangi diri anda...

last nasihat: bila salah seorang ahli keluarga sakit.. satu keluarga akan merasai:
1. senyuman ahli keluarga akan HILANG- bila sakit itu berpanjangan- mcm kisah kak Yasmin
2. anak yang baik akan HILANG- dimana anak akan mula merasakan tertekan- sibuk mencari duit untuk rawatan-

SAYANGILAH IBUBAPA anda selagi mereka masih hidup.. dengarkanlah keluhan hati mereka, jika mereka mengadu kesakitan yang mereka rasa.. ubatilah hati mereka dengan senyuman, jgn sesekali lupa akan tangungjawab anda sebagai seorang anak..  sesibuk mana anda.. jgnlah lupa untuk balik atau sentiasalah menelefon bertanya khabar..

Tuesday, November 15, 2011

POST-exam

   Bukan mudah untuk kita meyakinkan orang tentang sesuatu produk atau barangan melainkan kita cuba sendiri dan menilaikan kualiti sesuatu produk.. ~next post anin citer... saje buat suspen..

cuti yang Adnin ada ni harus isi dengan perkara2 berfaedah.. wahh.... apa nak buat yer??
hari Jumaat, 14 Oct 2011 Adnin bertolak dalam kul 11 pagi-alamak.. dh dkt tengahari ni..
nasiblah.. kemas2 baju lambat kn.. ok i'm going back alone.. penuh isi dalam kereta dgn brg2 yg terpakai utk diberi pada orang.. antaranya pakaian,tudung,baju,paper(utk recycles),

maklumlah takde org.. abis berselerak..

huhuhu... penuh gak ni... =P


lepas hantar anis,awanies & ili... ini masanya anin lak blk...
anis blk awal... 13 oct 2011- lepas K.A.M.I abis exam then, solat asar amik kereta pegi pasar mlm depan perdana..
apa yang diaorg pesan yer??

kita nk mkn apa ek??

marilah amik gambar K.A.M.I

ili happy sbb exam dah habis...


collect tiket and check in..


awanies nk ler tu.. hihihi..


jom mkn chocolate..~ anis husna belanja...kami ber3..

"HELLO-mak.... kami nak balik dah.."
anis husna, ili & awanies


awanies-seksyen 17 - 8pagi : 13 oct 2011

EN blk pulak..- 12 tengahari-mkn kat kedai seksyen 13 tu dulu..

~next post i will tell u about something... jeng-jeng-jeng..
apa dia ek??
aktiviti sepanjang cuti??




Thursday, November 10, 2011

phone or tablet? or both?

adnin tak tahulah.. nak tulis apa.. apa yang adnin nak pun adnin tak sure.. teringin nak beli ipad/tablet or anything yg sama waktu dgnnya... tiba2 phone adnin tak blh ON.. why la.. tiba2 phone tak ok... huhuhuhu... saje lah ckp kat mak nk tgk phone boleh?? dad kata jom kita check kat Greentown Mall berapa harganya.. ok.. saje survey2.. dad, kata ada kedai samsung baru bukak kat atas tu.. boleh la blh caya sikit dari kedai2 yg berderet2 tu.. tak sure original or not.. ok.. pegilah kedai tu.. " Yes, can i help you?" aku hanya mampu tersenyum.. takde apa yg aku berkenan.. saje tengok2 phone je.. samsung wave ada tak? hurmm.. entah kenapa semua phone kat situ aku tak tertarik sangat... samsung wave takde stok.. samsung galaxy S Plus ada.. -samsung galaxy S Plus mcm abg Harun punyalah..aritu kak nita ada ckp kat adnin " tak try guna, amik lah.... " what she really mean sebenarnya ek? dia bagi pinjam ke?? "takpelah kak nita.. phone adnin ok lagi"- masa tu time kak nita blk ipoh..

lepas tu, adnin belek2 jelah phone galaxy s Plus tu.. semua application ada ke ni? yup, .. dibelik2 lagi phone tu.. harga boleh tahan la... RM1399-

 mampukah aku? ok kot...tapi, galaxy S II?8 MP camera dia.. lagi ok ni dari iphone 4 kak janna tu..
just survey....

dad, pulak bila baca paper ckp "adnin, ni nokia N9" apa yg best pasal phone ni dad?? tapi, nokia adnin dah tak minat lah dad... tapi nipis kan... hurmm... dilema-dilema... apa yg adnin nk beli ek?? nak yg boleh buat kerja.. ada word-ppt-excel-lain.. boleh buat kerja.. surfing.. hehehe...


lepas dah beli...  GALAXY TAB 10.1 pulak ada offer kat DIGI-
RM110/montly = digi rm98 + galaxy tab..
lagi cheaper kalo dia ikutkn sbb ada internet sekali..
tapi, memandangkn dah beli phone ni.. tak dpt lah nk beli tab.. UWAAaaa.. harga sama tapi BESAR lagi...
dad sampai perli2 Adnin lagi.. 
" nanti nk jwb telefon.. angkatlah tab tu... besar.."
 uwwwaaa... yelah2 adnin tak menyesal beli benda kecik ni .. tapi harga besar....


baru2 ni.. lagi la best samsung galaxy note
tak perlu susah-susah..
TABLET + PHONE= GALAXY NOTE

ThiS is what I want... 2 in 1...
aaaaa.... aku dAH jatuh CINTA... hihihihi.....

mak kata sabar jelah budak ni... hihihi

Wednesday, October 26, 2011

miracle day with pitera..


anis share post ni.. saje nk paste kat sini..

takde apa.. post ni ihsan dari 
http://pakarcinta.com/blog/bila-kita-dilamun-cinta/


bila bukak ym.. anis husna share this post to me.. ada apa2 maksud ke?? simpanlah kat my blog.. in case, dah bukak sem nnti boleh tny dia lah... =P

Menyerahkan Hati Sepenuhnya
Walaupun begitu, pandangan kita hanya peka dan tajam kalau kita belum benar-benar menyerahkan hati kepadanya. Dalam keadaan yang belum lagi rapat, jika kita nampak ada tanda-tanda dia mahu memutuskan hubungan itu supaya tidak terlalu kecewa.
Kita boleh memujuk hati untuk menyatakan bukan dia yang meninggalkan kita. Tetapi bila cinta kita begitu mendalam dan nampak ada tanda-tanda dia akan mengundurkan diri, kita tidak akan cuba memutuskan hubungan itu. Malah kita akan menyayanginya dengan lebih gila-gila lagi.
Dalam keadaan emosi yang begini, kita cuba sedaya upaya menguasai tindak-tanduk orang yang kita cintai. Kita mahu menjadikan diri kita orang yang paling menarik, unggul dan anggun di matanya.
Kita melakukan bermacam-macam cara supaya kita kelihatan elok pada pandangannya. Fesyen pakaian, rambut, kaca mata, kasut dan apa saja diubah mengikut kesukaannya, yang penting kita kelihatan amat sempurna dan menarik di matanya.
Memberi Perhatian Yang Mendalam
Bukan setakat itu saja, malah kita akan memberi perhatian yang lebih mendalam pada apa yang dia suka dan kita akan menunjukkan padanya bahawa kita juga menyukai apa yang dia suka. Kita berminat dengan kerjanya, hobinya dan apa saja kesukaannya.
Pada masa ini, semua warna diri akan kita tukar sesuai dengan warna kesukaannya. Kita berharap agar dia dapat melihat kita sebagai orang yang paling sesuai dan memenuhi keperluannya.
Pada masa ini juga kita akan cuba menggoda dan menambat hati orang yang kita cintai itu dengan cara menutup atau membuang perangai buruk yang ada pada diri kita.
Kalau dulu kita malas berkemas, tiba-tiba kita jadi rajin berkemas. Kita pandai bergurau senda. Kita boleh bertolak ansur. Kita mudah bersetuju dengan pandangan dan pendapatnya. Kita tidak banyak meminta darinya. Kita akan menjadi manusia yang tidak cerewet pada masa itu.
Kalau sebelumnya kita sangat berhati-hati ketika berbelanja tetapi apabila sudah jatuh cinta, otak kita menjadi kelam-kabut. Urusan-urusan yang tidak mustahak dahulunya, kini menjadi urusan besar. Yang dahulunya tidak penting kini menjadi amat penting. Dan yang paling penting, kita perlu menarik minat orang yang kita cintai itu.

Wednesday, October 19, 2011

MooD cuti sem..

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 
(HR. Al-Hakim)