Sunday, June 7, 2015

pictorial



































dream stairs and bedroom

I like this!!!!  Kalo malas nk turun tangga... slide je...
=)













Saturday, May 9, 2015

may may may 2015

Assalamualaikum.....

To whom who may concern...

Kehadapan adinda yg dikasihi...  kebelakang..  ke kiri.. ke kanan..
Ke merata tempatlah..

Its not easy to create chemistry with someone yg kita tak kenal.. betul x?? Betulkan ? Betulkan... ?

Macam2 yg bermain dlm otak tentang dia.. siapa dia ni?? Baik ke?? Nampak macam kacak ?? Ada girlfriend ke?? Amik course apa?? Tapi, biasalah.. org.. tak kenal maka tak cinta.. Tapi,bagi org macam anin ni.. memang agak sukar nk mulakan perbualan.. kalo org satu lagi xmulakan dulu.. so, takde apa2 perkenalanlah sampai kami keluar lif.. walaupun sll berselisih.. hohoho.. orait.. nnt kalo ada keyakinan diri nk mulakan dulu.. i try ek.. tapi,nk ckp topic apa?? Dh lama tinggal sini?? Hehee...

Bila keluar lif mesti tersengih sorg sbb akward... anin... anin...
Last week ada cuti 1mei hari buruh dgn cuti wesak.. so.. anin balik ipoh singgah umah kak long amik pokok pisang bwk blk..
Hhahha... kakak tinggalkan jebak kat luar umah.. katanya cangkul dgn parang xde.. so, lepas blk kelas terus g umah dia dgn baju kelasnya.. nasib pakai seluar slack.. takdelah segan sgt nk amik pokok pisang tanduk tu.. haip.. kakakku ni... nasib adikmu ni kamu kaki belasah.. taulah jgk cara nak amik pokok pisang ni.. dh la ujan time tu.. but Allah tu maha pemurah dan penyayang.. sampai umah kak long hujan berhenti.. dan ada hikmah disebaliknya.. bila huja  turun sekejap tu.. tanah jadi lembut.. senang nk tarik pokok.. itulah rahsianya.. tapi, abislah tudung baju,seluar kena embun air ujan dr pokok pisang tu.. hahha.. nasib xde bf la.. kalo tak dia tgk mesti dia reject sbb comot.. hahahha....



I call my sister.. dia tgh kerja kat hospital masa tu.. anin boleh je tarik lagi.. tapi daun pisang ni dh tutup cermin pandang blkg anin.. mcmne ni kak nita?? Anin potong la daun dia.. boleh ek?? Nnt kalo blk ipoh bapak pun potongkan jgk ni.. hoohoh.. tapi anin takde parang.. so i just bring the way i can fix in my car.. haip... nasib la kereta.. bertanah la kamu.. sbb paper xjmp plk dlm krt.. ingatkan ada simpan.. rupanya xde.. Rasa handicap plk bila cermin pandang blkg xnmpk.. harapkan cermin sisi kiri kanan jelah... mcm ek org bwk krt yg cermin blkg penuh dgn patung,sticker gantung2 ek?? Xmenyesakkan pandangan ke?? Hurmm.... (sambil tangan sebelah di dagu.. mata ke atas..)

Takdelah sesedap magnum.. tp,jadilah..


End of posting examination:  obstetrics and gynecology 
Anin dpt dgn Dr Saxena.. 
kes : ECLAMPSIA (peuperium phase)
3jam lepas bersalin dia kena generalised tonic clonic seizure..
Husband dia yg noted sbb tiba2 dia diam..
Dr tny semualah mcmne nk manage.. MgSO4 toxicity? Dose duration.. sampai ke discharge.. hahaa.. nasiblah mulut ni ckp psl contraceptive.. but betullah.. nk bg apa?? Dia breastfeed baby.. nk bg apa??
breastfeed it self?-never work.. calender? Never work..
Barrier method? -not work.. 
Pill.. pill?? Dopa-provera.. dosage?? Errmmm.. 150??unit?? Haaha... kenapalah xingat .. betullah setiap apa yg kluar dr mulut kena fikir baru ckp.. mula2 lepas history main sembur je.. sbb ingat eclampsia terjadi bila pt known case (PIH or PE)
Rupanya within 24H blh dikira Eclampsia.. so, jgn pandang remeh psl hypertension.. bila pt takde history of hypertension kita kena rule out eclampsia.. maybe sbb previous private hospital dia xdo proper management?? Sbb pt ni follow up kat clinic private dan deliver pn kat sana.. so,buku pink pn xde as evidence..

Picture below taken at rumah kwn kitaorg saswani aka shark
Ganaskan nama panggilan dia.. family dia bt majlis aqiqah pada hari ahad 3may2015, kebetulan birthday ibad kwn kitaorg sorg lg pn tarikh tu.. malam tu jgk anin dgn aisyah bt video hntr kt dia.. wish birthday.. hoohho dubsmash.com








Masa blk ipoh tempoh hari.. dengar plk cerita my cousin sorg tu.. cik nabilah atikah dpt matrik kt masjid tanah,melaka dan her sister in law (isteri abg khalis ) plk dpt paediatrik kat hsptl melaka.. rizal anak uncle Shahrin pn ada kt hsptl melaka.. nnt boleh la suh ilah beli gula melaka dgn belacan bwk blk.. nk kesana jauh plk kan.. lainlah kalo kitaorg bercuti mkn angin ke sana..

Uwaaaa.... kenapa ilah g study jauh2?? sll kalo blk ipoh mesti diaorg dtg umah mkn2.. mcm2 lah resepi idea nk cuba.. dapur mak tu abislah tunggang langgang kami buat.. hehehe.. penah sekali tu.. kak janna lupa nak tutup api .. hangit keringlah periuk ajaib 3rd edition mak.. mak xmarah sbb nanti marah merajuk plk kak janna tu... hoohoh.... mak yg ckp tau bkn anin... hrhee..













Thursday, April 2, 2015

tips tukar tayar



Tips penggunaan dan cara mengenal pasti jenis dan fungsi tayar kenderaan yang perlu kita ketahui.

Cuba periksa tayar kereta kita, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar terdapat satu penyambung. Sekiranya penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, maka mulalah mengumpul duit kerana tayar kita perlu di tukar dalam masa 3-4 bulan lagi. Apabila kita hendak membeli tayar terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil berat kerana ini melibatkan keselamatan.

1. Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci. kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit.

2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada munggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual taayr degan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.

3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 205 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan.

5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahgian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.