Dejavu di Kinabalu sinopsis drama
Drama bersiri terbaru di TV3 berjudul Dejavu di Kinabalu mula ditayangkan di slot Akasia TV3 bermula 18 Jun 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. Drama yang bersiri 28 episod bergenre romantik ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd arahan Erma Fatima
Watak utama nenampilkan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Aqasha, Tiz Zaqyah, Nazim Othman, Aishah Ilias dan dibantu oleh pelakon lain antaranya Fadhilah Mansor, Dian P. Ramlee, Rahim Razali, Aida Rahim, Allana Amir, Khaty Azean dan Meor Ariff
Sinopsis
Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah
Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara
Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya
Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ
Selepas pulang ke Kuala Lumpur,[suatu kebetulan tidak dirancang] Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa. Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?
Read more: http://www.enciknakal.com/2012/06/dejavu-di-kinabalu-sinopsis-drama.html#ixzz1ylh51zMq
Best jugaklah citer ni.. anin tertarik mula2 dengan tajuknya " DEJAVU DI KINABALU"
first tengok Tiz Zakiah & Aqasha pegang DSLR- Tiz pakai sony alpha model and Aqasha pakai EOS Canon DSLR.. menarik2... mula la berangan... yang diri ini Tiz Zakiah... Ahahaha.... seronok pulak bila bibit perkenalan mereka ini melalui minat yang sama- CAMERA DSLR...how i wish my future husband also minat sama dengan saya.... suka mengembara... melancong... panjat gunung.. berkayak... pegi air terjun.. sungai... laut..... bungee jumping... GILER2 macam aku ni... ~lol
serius... ada persamaan itu suatu yang istimewa.. perbezaan itu pula suatu perkara yang membuatkan kita saling lengkap-melengkapi...kalau asyik sama je semua perkara.. mesti membosankan-kan-kan??? keunikan dalam perhubungan membuatkan kita excited hari demi hari... how I WISH u understand me and be yourself.. because i do love you as u are.. not doing it because of me...... perancangan Allah lebih baik dari perancangan manusia...
p/s: my dad kenal dgn my mom pun... dari sekeping gambar la... bila dad ambil gambar untuk sebuah majlis di Ipoh.... time tu, my mum turun Ipoh masuk pertandingan ratu kebaya wakil Tapah..
Kebetulan pula lepas majlis tu, dad pegi kenduri kat Tapah then, dia perasan mak yang sedang sibuk tolong orang kenduri... gaya ayatnya mcm nilah kot, " macam pernah ku lihat gadis ini.... " hahaaha.... sekali makcik saudara yang dtg dgn my dad kata... "oh.. tulah anak abg mad yang masuk pertandingan ratu kat ipoh tu... " .... lepas tu......... story start.... dad dah berkenan dgn mak......... prses seterusnya, merisik.. bertunang... bernikah...
dad and mummy...
mum-25 y/o and dad- 30 y/o
potong kek 3 tier... 6 december1971
suka lihat mereka........... =)
last request... aminnnkn doa ni ya.. sama-samalah kita doakan yang terbaik..
2 comments:
Ameen...don't worry be happy.Allah dah tetapkan jodoh masing2.Insyaallah akn dapat yg terbaik :)
huahuahua..... tinie baca... insya-allah... kita sama2 berdoa ya.. moga digantikan dengan seseorg yg lebih baik... =)
Post a Comment