Tuesday, January 17, 2012

MATI ITU PASTI...

sebuah laman social untuk berkongsi pendapat dan cerita.. setiap dengupan ingatlah ALLAH.. ALLAH.. ALLAH... 
CINTA? Apa yang kita faham tentang CINTA?
Apa kah yang dinamakan sebenar-benarnya cinta
Cinta itu banyak ertinya
Lumrah sebagai seorang manusia lahir dan ingin menguasai cinta
Cinta itu penuh dengan nikmat dan hikmat nya
Cinta itu amat mengasyikkan dan mendodoikan
Cinta itu tidak kotor dan cinta itu juga tidak buta
Malah ia lahir dari hati yang merah
KINI KITA BERBICARA MENGENAI CINTA SESAMA MANUSIA
Cinta itu anugerah ilahi yang tidak terhingga
Namun di antara kita ini yang faham ertinya cinta?
Kita meletakkan cinta sesama manusia lebih tinggi dari cinta kepadaNya?
Adilkah kita sebagai hambaNya? Adil kah bagi Dia pencipta kita?
Kita sebenarnya sedar ertinya cinta itu…
Cinta boleh bertukar menjadi nafsu yang hina
Fahamilah erti cinta…
Jangan kita menghambakan diri kepada cinta manusia
Janganlah kita leka tatkala mencintai hambaNya
Cintailah Allah sebelum mencintai dia
Labuhkanlah cinta kita kepada yang mencintaiNya
Sememangnya cinta itu terlalu aneh
Sebelum cinta terlajak ke nafsu
Muhasabahlah diri sebelum terlambat
Redhailah takdir ILAHI…
Tinggallah cinta andai tak mampu membawanya ke jalan yang selamat
Kerana cinta itu telah bertukar kepada nafsu
Tinggal lah ia...
Cinta yang asli tidak perlu di ungkapkan
Cinta yang suci tidak perlu di tayangkan
Cukuplah sekadar mendoakan sahaja
Andai ditakdirkan dia menjadi milik kita
Cintailah dia sepenuh jiwa mu…
p/s: Cintailah Rasul mu selepas Allah SWT.. dan cintailah keluarga mu. Cinta dan nafsu boleh di bezakan. Andai kita tidak mampu merelakan seseorang itu pergi, dan kita sanggup menzalimi diri kerana cinta bermakna itu bukanlah cinta sebaliknya nafsu yang menyesatkan… bawalah orang yang kita sayang je jalan yang benar serta ke jalan yang selamat. Sesungguhnya percintaan selepas lafaz sakinah itu manisnya umpama madu yang berkualiti… Adakah kita ingin memilih sepah atau madunya… renungkanlah… Tunduklah kita kepadaNya.
walahualam... 

No comments:

Post a Comment