Wednesday, August 8, 2012

wahai muslimah-misi : mencari 'Lailatul Qadar'

Semua umat islam pasti semua sudah maklum dan ketahui mengenai Lailatul Qadar.. 
kelebihan dan keistimewaan yang ada padanya.. (tak perlulah anin terangkan lagi kan..)

hehhehe..... (nak ringkaskan cerita)

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja sewenang-wenangnya...

but, untuk girls every month they have this problem-periiioooodddd!!!!!
actually it is not a problem but something yang sudah ditakdirkan untuk semua perempuan normal dan sihat... u should glad for that.. Allah bagi rehat  (-_-)
apa nak buat, itulah fitrah seorang wanita, yang mana setiap bulan akan 'uzur'. takkan nak lawan fitrah pulak? setakat period je takpelah.. bagi sesetengah yang having menstruation pain teruk- mesti lagi menyedihkan.... mood swing-headache-bloating-insomnia-abdominal cramp(senggugut)-muscle/joint pain-nause/vomiting (i'm glad sbb not severe as that-EPO is the secret?? hahahha)

nak puasa tak boleh, nak solat tak boleh, nak baca al-quran pun tak boleh... 

orang lain boleh qiamulail, kita tak boleh

jadiiii........... apa yang boleh anin untuk menghidupkan malam2 di bulan ramadhan ni, ek? terutamanya 10 malam2 terakhir ini...-misi :mencari "Lailatul Qadar"







Bagi muslimah yang yang berkenaan, jangan bersedih. Kerana Allah itu Maha Penyayang. mustahil Dia membiarkanmu begitu sahaja. kalau kita berfikir dari sudut positif, sebenarnya ada banyak kebaikan dan kebajikan yang kita dapat seandainya uzur di sepuluh malam terakhir. insyaAllah.

Seperti yang semua orang dah sedia maklum, wanita yang didatangi haid tidak boleh bersolat dan berpuasa, hal ini disebut dalam hadith dari Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Bukankah salah seorang di antara mereka (kaum wanita) apabila menjalani masa haid tidak mengerjakan solat dan tidak pula berpuasa? Para sahabat wanita menjawab : Benar"
(h.r Al-Bukhari)

walaubagaimanapun, wanita-wanita mukmin masih lagi boleh menjalankan ibadah-ibadah sunnah yang lain seperti :

1) Membaca Al-Quran
memang ada kontroversi bagi wanita yang uzur untuk membaca Al-Quran, namun sesetengah ulama' berpendapat wanita boleh membaca Al-Quran berdasarkan sebuah hadith yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim :

daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
"kerjakanlah sebagaimana orang yang menjalankan ibadah haji, kecuali kamu tidak boleh melakukan thawaf di Kaabah, sehingga kamu benar-benar dalam keadaan suci."
(Muttafaqun Alaih)

ketika ini, Aisyah r.a ingin menunaikan ibadah haji dan didatangi haidh, maka Rasulullah memerintahkan untuk  menjalankan ibadah seperti yang dijalankan semasa ibadah haji, termasuk membaca Al-Quran. Namun solat dan puasa tetap tidak boleh dijalankan berdasarkan hadith tentang pengharaman solat dan puasa bagi wanita yang didatangi haidh seperti diatas. 

oleh itu, teruskan membaca Al-Quran. namun janganlah dibaca dengan kuat, kerana dikhuatiri akan menimbulkan perselisihan bagi orang yang berpegang kepada hukum haramnya membaca Al-Quran bagi wanita berjunub. cukuplah sekadar dengar ditelinga sendiri. lagi satu, jangan pula menyentuh naskhah Al-Quran, cukuplah membacanya dari hafalan lalu, ataupun Al-Quran terjemahan. sambil membaca Al-Quran, boleh juga ditadabburi pengertiannya. Allahul a'lam.


penambahan lagi, berwudhu' la sebelum membaca Al-Quran. perbaharui wudhu' setiap kali keluar dari bilik air. mudah-mudahan Allah memberi ganjaran dan keberkatan keatas kita semua. 

2) Bersedekah
Rasulullah dikatakan paling dermawan sewaktu dalam bulan Ramadhan. menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim,

Dari Ibnu Abbas r.a, dia berkata, "Rasulullah S.A.W merupakan orang yang paling dermawan, dan baginda lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakannya Al-Quran. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan lalu membacakan kepadanya Al-Quran. Rasulullah S.A.W ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus."

3) Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.
ok, kalau tak boleh puasa, kita cari pahala bagi makan orang yang berbuka plak. nanti dapat pahala puasa dia sekali kan?:) lagipun, bila dah tak puasa boleh la masak sedap-sedap sebab boleh rasa, tak payah agak-agak je. kalau rasa-rasa tak terer masak, tolong orang masak pun jadilah.... janji dapat bagi orang makan.

"siapa yang memberi berbuka orang yang berpuasa, baginya pahala seperti orang yang berpuasa tadi tanpa dikurangi pahalnya sedikit pun"
(h.r Ahmad, At-Tirmidzi, Nasae'i dan dishahihkan oleh Albani)

4) Berzikir.
gunakanlah waktu lapang kita untuk memperbanyakkan zikir kepada Allah. seandainya mereka menghabiskan  masa sejam untuk bersoat terawih, kita pula menghabiskan masa sejam untuk berzikir. dapat jugak pahala banyak. 
"....Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (13 : 28)

5) Qiamulail.
kalau ingin mengejar lailatul qadar, kuatkanlah diri untuk terus beristiqamah bangun malam. bila dah bangun nak buat ape? jangan tidur balik sudah la..hehehe
banyak benda bole buat, kalau dah bangun boleh la baca Al-Quran, berdzikir, berdoa, membaca buku-buku atau kitab-kitab, masakkan makanan sahur untuk orang yang berpuasa dan 1001 amalan-amalan sunat. terserahlah. jangan ingat hanya kerana kekurangan kita pada waktu itu, kita sudah hilang kelayakan untuk mengejar lailatul qadar. kekurangan yang kita ada bukanlah disengajakan atau diingini melainkan hanya dengan keizinan Allah. maka, gunakanlah setiap ruang dan kelapangan yang telah Allah berikan untuk beramal. InsyaAllah, kekurangan kita tu dapat di'cover' dengan amalan-amalan sunat yang lain.

ala....2/3 malam tu bukanlah lama sangat pun. kalau agak-agak mengantuk, boleh buat kopi untuk elakkan tidur balik. orang buat kuih raya pun boleh bangun awal, kita nak beramal, kenalah berkorban sikit.;)


6) Membangunkan orang lain untuk berqiamulail.
sila rujuk hadith kat atas sekali, yang pasal Rasulullah menghidupkan 10 malam terakhir. perasan tak bab Rasulullah mengejutkan ahli keluarganya? oleh itu, kejutkanlah ahli keluarga anda sekali, ajak mereka beramal sama. kalau tak duduk ngan family, kejutkan la kawan-kawan serumah, seusrah, sekelas mahupun jiran sebelah rumah. dapat gak pahala ajak orang beramal. :)

7) Berdoa bersungguh-sungguh.
kita memang tak tahu bila malam lailatul qadar akan sampai, cuma kita boleh lagi beristiqamah mencari malam ini dengan berdoa bersungguh-sungguh setiap malam.

diriwayatkan oleh Aisyah r.a, dimana dia pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W : wahai Rasulullah, jika aku mendapatkan malam ini (lailatul qadar), maka dengan apa harus aku berdoa? baginda menjawab, bacalah doa :
bermaksud : ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Pengampun dan yang suka memberi keampunan, maka ampunilah aku"
(h.r At-Tirmidzi)


oleh itu, bangunlah malam untuk berdoa bersungguh-sungguh. jangan pandang remeh pahala berdoa ni, walaupun ianya merupakan ibadah yang ringan.



kalau difikir-fikirkan balik, Allah itu Maha Adil, diberikan keuzuran kepada wanita itu dan diangkat kewajiban berpuasa bagi mereka yang uzur. wanita-wanita uzur memerlukan makanan bagi menggantikan nutrisi-nutrisi yang hilang semasa menstruasi. wanita-wanita yang uzur juga tak diwajibkan solat, jadi kalau orang lain bersolat dan berpuasa dapat pahala, kita yang tak solat dan tak puasa jugak boleh mencari pahala lain. bukan tak boleh cari pahala langsung. lagi bez wat, dapat makan dan dapat pahala?;) tapi nanti kena qadha' puasa la, tak bole main tinggal je.hehehe.


kesimpulannya, wanita-wanita yang uzur dalam sepuluh malam yang terakhir ni, jangan bersedih dan jangan berputus asa. Tuhanmu masih lagi menyayangimu dengan memberi keringanan-keringanan ini di bulan penuh barakah ini. don't give up. 
teruskanlah usahamu untuk mengejar lailatul qadar dan beramal bersungguh-sungguh untuk beberapa hari Ramadhan yang masih berbaki ini. stay positive, stay healthy, stay pious.
Kerana dirimu begitu berharga, wahai muslimah.:)

rujukan : iluvislam, fiqih wanita edisi lengkap, karangan syaikh Kamil Muhammad Uwaidah,


source from : http://mynameissyahirah.blogspot.com/2011/08/perempuan-haidh-dan-lailatul-qadar.html

No comments:

Post a Comment