Saturday, July 28, 2012

new assignment

Balik je dari surau tadi... skrg anin dah dapat assignment baru...
topic : Rohingya
pagi tadi anin tanya bapak pasal berita Rohingya.... Siapa Rohighya tu?? nama tempat ke? kaum ke? kat mana? kenapa orang  nak kecoh pasal kes rohingya?? dalam tweeter pun cerita pasal tu.. ada gambar dan description lagi.. but, anin tak faham lah..... (banyak betul soalan anin)
apa yang dad reply?? - check la dalam wikipedia... hurmmm .... bapak ni...
bapak : Rohingya ni kaum muslim minoriti yang tinggal di Myanmar...



sambil anin menulis ini.. mak dah bising sebab milo tak abis minum.. hahhahaa.... (minum jap.... mak nak basuh cawan ni)
ok.. continue back...
alhamdulillah.... selamat sudah terawikh malam ke -9 hari ni...  bersyukur sangat sebab tinggal di bumi bertuah Malaysia.. yang aman, berbilang bangsa dan berlainan agama yang tinggal serumpun

balik pada topic assignment yang anin dapat ni.. let's GGGoooo.. GOOGLE...


Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka. Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabda


 Rasulullah SAWyang bermaksud, “Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”. Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam", Hadis riwayat Muslim.

bila dengar berita mengenai Rohingya ni... anin mula rasa " I should be more alert dan amik tahu pasal perkara ni..." yelah.. asyik jadi 'katak bawah tempurung' je... dunia luar amik tak kisah je.. kalau terkena pada diri sendiri baru tau... ish3.... subhanallah...



comel je tengok budak-budak ni...


1. Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini, 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.
2. Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu, puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.
3. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus apabila orang Islam Rohingya terus dijadikan sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.
4. Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima, polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

5. Berdasarkan maklumat langsung dari Maungdaw, sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempoh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network, dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

6. Namun, mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga kini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga kini.

7. Pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan bahawa mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

8. Lebih memeranjatkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan, pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

9. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk, namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

10. Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gitelah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

11. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan, namun bukan untuk melindungi mereka, akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah. Lantaran itu, penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

12. 9 hb Jun 2012, sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar. 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine.

13. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat terkini, semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. Hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

14. Kutukan keras dilemparkan terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

15. Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand, 150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

16. Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat ke atas Umat Islam Rohingya yang masih berada di wilayah Arakan, Myanmar .

17. Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa mengganut Buddha.

18. Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memiliki telefon bimbit.

Semoga kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar supaya segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Kita mesti bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan. Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan!

bila baca kisah dan cerita-cerita tentang Rohingya ni.. tiba2 anin terimbau kenangan waktu anin join SCD time gi  Pos Bersih, Kg Ulu Slim, Slim River Perak  dalam program "Tautan Kasih- MRA-MSU-JHEO"..
more info : http://drazwan.blogspot.com/2010/02/program-tautan-kasih-mra-msu-jheoa.html ini tautan kasih siri -1.. anin join dengan Wan Noor Awanies , Izatul, Sakinah time tautan kasih siri ke-2... =) takde gambarlah....
http://www.mra.my/bm/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=2&Itemid=13


Resource:



  1. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EtnikRohingyasukarlupabersahur_berbukadenganair_garam/Article
  2. http://pahangdaily.blogspot.com/2012/07/pembunuhan-etnik-muslim-rohingya-di.html
  3. http://www.szlihin.com/2012/06/isu-pembunuhan-umat-islam-rohingya-di.html
  4. http://wirajiwa.bumicyber.com/index.php?option=com_content&view=article&id=603:kekejaman-keatas-umat-islam-rohingya-di-myanmar&catid=27:isu-semasa&Itemid=49
  5. http://documentary-evidence.blogspot.com/2012/06/photos-of-arakan-riot.html



last word..
what can i help them?? apa yang boleh kita buat untuk membantu mereka?? 
cerita Rohingya sama macam cerita zaman rasulullah.. bila umat islam ditindas di tempat sendiri.. sebelum mereka berhijrah ke madinah..
Dalam bulan puasa ini banyak tempat makbulnya doa. Malah, janji Allah doa orang yang berpuasa itu sendiri makbul. Bayangkan kalau mesej ini tersebar dan di SHARE kepada berjuta umat Islam dan semuanya berdoa. Insya Allah kita dapat bantu saudara se Islam kita di Rohingya, Myammar yang sedang ditindas dan dibunuh itu dengan doa kita semua. Doakan umat Islam di sana diberikan kekuatan dan kemenangan serta sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat mereka semua, baik yang hidup atau mati.


Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh
 
 — with Dato' Seri Jamil Khir.
 

~wallahualam...

4 comments:

Qaseh Dania said...

ya allah, sedih dgr kisah ni akak, fatin pun baru tahu tntang ni..sama2 kita doakan mereka...

jannatul said...

org selalu gak dengar pasal Rohingya.. tapi, biasalah xambil peduli.. bila dengar cerita umat islam di sana di tindas.. mulalah menyirap darah.. ~ tapi apa blh kita buat.. kita sendiri pun xada kuasa melainkan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara seislam kita di sana.. ( niat nak ikut MRA gi misi bantuan) insya-allah.. =D

ladyinthepiNk a.k.a ladyd said...

good write up.. mmg sedih dgr.. mohon share artikel ini ya.. semoga mereka dilindungi Allah SWT :(

jannatul said...

thanks for reading... sebarkanlah agar SEMUA maklum akan hal ini... harap mereka mendapat pembelaan yang sepatutnya mereka terima.. dah lama sangat mereka menderita sebegini....

Post a Comment