Saturday, July 7, 2012

WAKTU yang ada.... gunakanlah sebelum MAUT menanti



Rasulullah s.a.w. bersabda:"Apabila roh telah dikembalikan ke tubuhnya maka akan datang dua orang Malaikat yang berwibawa, mereka adalah Mungkar dan Nakir dan akan bertanya:"Siapakah Tuhanmu? hingga akhir".Kemudian keduanya akan bertanya lagi:"Apakah yang kamu kata kepada lelaki ini yang mana ia diutus untuk kamu semua, yakni Muhammad". Mayat akan berkata:"Muhammad adalah utusan Allah dan al-Quran adalah diturunkan kepadanya dan aku mengimaninya, maka akan kedengaran suara dari langit berbunyi"Memang benarlah hambaku itu, maka hendaklah kamu semua menghamparkan hamparan dari syurga dan pakailah pakaian-pakaian dari syurga untuknya serta bukakanlah pintu-pintu syurga untuknya."Maka terbukalah pintu-pintu syurga untuknya dan datanglah bau yang harum dari syurga dan kuburnya menjadi luas sepanjang mata memandang.

Setelah itu datang seorang lelaki yang sangat cantik rupanya dengan pakaian yang cantik dan berbau wangi, lalu ia berkata:"Bergembiralah kamu dengan apa yang menyenangkan kamu."Apabila mayat melihat orang yang tidak dikenali itu lalu ia bertanya:"Siapakah kamu!, Allah s.w.t. mengasihi kamu, aku tidak pernah melihat secantik kamu didunia."Berkatalah lelaki itu:"Aku adalah amal kamu yang salih.Rasulullah s.a.w.. bersabda:"Kalau orang yang termasuk dalam golongan yang akan mendapat azab maka apabila telah sampai waktu ajalnya, maka malaikat akan turun dari langit dengan membawa pakaian azab dan mereka akan duduk jauh darinya, lalu datang malaikat maut duduk dekat kepalanya dan berkata:"Keluarlah kamu wahai nafsu yang jahat! dan keluarlah dengan kemurkaan Allah."

Rasulullah s.a..w. bersabda:"Apabila berpisah roh dari badannya maka segala sesuatu yang di langit dan di bumi mengutuknya, semuanya akan mendengar kutukan tersebut melainkan manusia dan jin."Kemudian malaikat akan membawa roh tersebut naik ke langit dunia, apabila mereka telah sampai kepada langit dunia, disebabkan roh tersebut roh jahat maka tutuplah pintu-pintu langit, lalu kedengaran suara yang berbunyi:" Pulangkanlah roh tersebut ketempat tidurnya.Lalu malaikat pun mengembalikannya kekuburnya, setelah itu datanglah mungkar dan nakir dengan suara yang garang seperti guruh, matanya seperti kilat yang menyambar, lalu keduanya membakar bumi dengan kedua siongnya.

Kemudian keduanya duduk sambil bertanya:"Siapakah Tuhan kamu?.Jawab mayat:"Aku tak tahu".Di waktu yang sama kedengaran suara dari kubur sebelah berkata:"Wahai Munkar Nakir pukul saja orang itu."Maka Mungkar dan nakir pun memukulnya dengan palu dari besi dan diterangkan andaikata kalau semua makhluk berkumpul sudah tentu tidak akan dapat mengelak dari pukulan tersebut, dengan pukulan tersebut maka menyalalah kuburnya dengan api dan kuburnya akan menjadi sempit hingga tersepit tulang-tulangnya.

Setelah itu datanglah seorang lelaki menghampirinya dengan rupa yang paling buruk dan hina, baunya cukup busuk dan berkata lelaki itu:"Allah s.w.t. telah membalas kejahatanmu, maka demi Allah tidaklah kamu melakukan suatu kebajikan, tapi kamu sentiasa lalai untuk taat dan sentiasa melakukan kemaksiatan kepada Allah s.w.t.". Mayat bertanya:"Siapakah kamu?, Berkatalah lelaki itu:"Akulah amal perbuatanmu yang jahat."Lalu dibukakan pintu neraka dan ia pun melihat tempat tinggalnya yang tetap hingga datangnya hari kiamat.

Ada diterangkan bahawa orang mukmin difitnah dalam kubur selama 7 hari dan orang kafir pula sampai 40 hari Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesiapa yang mati pada hari Jumaat Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari fitnah kubur."




Ya Allah bersediakan aku untuk berhijrah ke alam barzakh pada usia 24 tahun ini?? cukupkah amal ibadah aku?? sudahkah aku memohan MAAF pada mereka yang teraniaya/terasa hati dengan aku?? adakah aku masih berhutang dengan sesiapa yang masih hidup?? pelbagai persoalan yang BERMAIN DIMINDA??






bagaimana cara/cerita/kisah kematian kita??diseksa sebelum mati? tiada sebab munasabah untuk mati? atau kematian yang kejam?? pelbagai PERSOALAN?? hanya Allah saja yang tahu jawapannya.. usahlah difikirkan tentang bagaimana keadaan kematian kita... berUSAHAlah untuk perSIAPkan diri............... bila2 masa saja bermula dari saat ini ia akan terjadi... 



Usaha-usaha untuk menghindari azab kubur:
1. Memantapkan keimanan kepada Allah serta mengukuhkan tauhid serta akidah dalam jiwa. Hendaklah memahami dan menghayati kalimah syahadah. Iaitu mengesakan Allah, menghindari sebarang amalan yang boleh membawa kepada syirik. Kita juga hendalklah mencintai dan mengamalkan sunnah Rasulullah saw dalam kehidupan. Inilah benteng yang sebenar berdasarkan ayat al-Quran dan hadis sebelum ini. Iaitu dikurniakan 'ucapan yang kukuh'( القول الثابت)
2. Sentiasa bertaubat kepada Allah atas segala dosa dan kejahatan yang dilakukan. Dosa-dosa itulah sebenarnya yang menyebabkan azab kubur sebagaimana sabda nabi saw yang menjelaskan keadaan ahli maksiat bila didatangkan kepadanya seorang lelaki dengan rupa yang hodoh. Bila ditanya orang itu menjawab :
Aku adalah amalanmu yang buruk. Demi Allah, tidaklah aku mengetahuimu, kecuali engkau adalah orang yang berlambat-lambat dari melakukan ketaatan kepada Allah dan bergegas kepada kemaksiatan kepada Allah. Maka Allah membalasmu dengan yang terburuk.( Abu Daud, disahihkan oleh Syaikh Al-Albani)
3. Memohon perlindungan dengan Allah dari azab kubur. Sabda baginda saw :
"Mohonlah perlindungan kepada Allah dari adzab kubur (diulangi sampai 2/3 kali)." Kemudian Rasululah s.a.w. berdoa:
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari azab kubur (diulang 3 kali)."
Kita juga hendaklah mengamalkan doa yang dibaca oleh Rasulullah saw pada akhir solat iaitu selepas tasyahhud sebelum salam. Iaitu doa :
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَ الْمَمَاتِ
وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
"Ya Allah, aku memohon perlindungan kepadaMu dari azab jahannam, dari azab kubur, dan dari fitnah selama hidup dan sesudah mati, serta dari fitnah al-Masih al-Dajjal." (Imam Muslim).

4. Membaca surah Al-Mulk
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi saw bersabda:
"Ia (surah Al-Mulk) adalah penghalang, dia adalah penyelamat yang akan menyelamatkan pembacanya dari azab kubur." (al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani)
Demikian beberapa cara untuk menyelamatkan diri dari azab kubur. Semoga Allah SWT merahmati dan memelihara kita semua daripada menerima azab dalam destinasi hidup kita berikutnya yang pasti kita hadapi





Anin bukanlah baik sangat... sebab bagi anin... jika kita rasa kita sudah cukup BAIK... ada masalah di situ.. mungkin kita harus segera munasabah diri... sebab setiap orang ada ceritanya sendiri.. kita rasa kita baik... tapi, belum tentu baik di hadapan Allah... kita rasa kita hebat berjubah.. belum tentu pakaian kita mampu menutup hati yang kotor.. hati yang riak.. biarlah kita munasabah diri setiap kali terdetik rasa itu.. rasa apa?? rasa HEBAT-rasa BAIK tulah.... semua orang mampu BERUBAH.. cuma kisahnya berbeza setiap orang... cantikkan perancangan Allah... jika itu kehendak & takdir-Nya.. terimalah ujian itu dengan sabar... kerana itu baru di Dunia yang sementara........


berbicara mudah, dari melaksanakan.... 


wallahualam.. =)

No comments:

Post a Comment