Monday, July 30, 2012

Umrah kita tv9

alhamdulillah... kita masih lagi bernafas... masih lagi diberi masa  SEKARANG ini untuk bertaubat dan berubah...

dah baca niat puasa untuk esok??
baca2 lepas terawikh pun boleh baca lagi.. nak sahur pun boleh juga.. but becareful.. takut 'terlepas' atau tak  terbangun sahur nanti.. so , better niat before nak tido... =P


Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .


Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


let's review back- kan melayu ni mudah lupa... beringatlah kembali.. terutama pada diri sendiri ini... =)

Syarat-syarat Puasa
Terbahagi kepada 2 :

1) Syarat-syarat wajib
2) Syarat-syarat sah

Syarat wajib
a) Islam
b) baligh
c) berakal
d) berupaya(sihat)
e) bermukim

Syarat Sah
a) Islam
b) Berakal
c) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d) Niat

Rukun Puasa
a) Niat
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Faedah Puasa
a) Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
b) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c) Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
g) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
f) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia

Keistimewaan Bulan Ramadhan

a) Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
b) Allah merahmati orang yang mengimaninya
c) Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
d) Iblis dipenjarakan
e) Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
f) Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.

 

  selepas menonton "umrah kita" at tv9 jam 11 malam..
jalan2 sekitar masjidilharam... seronoknya mereka dapat pegi umrah... @MohdNohSalleh, @altimet & @MuhdAizatAmdan... last episode aritu tunjuk accident at the end.. so , "MUST WATCH" arini punya episode... what really happen eh??

dlm twitter  yesterday -
RT : @altimet : apa yg langgar van kami masa #umrahkita?
A) unta? B)burung ababil? C) kenderaan lain? Nantikan!

~buat suspen je....


Sinopsis program #UmrahKita
:-:  3 penyanyi band indie, dalam satu kembara istimewa. Umrah dari perspektif 3 anak muda berbeza. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan pengalaman Noh, Altimet dan Aizat mengerjakan ibadah umrah.




ada masa pulak Altimet dan aizat main futsal " bani gegar"...

1. Rukun umrah : tawaf
tawaf keliling kaabah -
jangan cakap takbur..

2. menunaikan rukun saie dan tahlul- wah.... ingat kawasan saie terdedah.. - rupanya berbumbung..
anda akan rasa macam naik bukit sikit di kawasan itu..
tahlul - potong rambut sekurang2nya sehelai..
kedai gunting pun banyak kat situ..
trio tu kata "BONUS" - diberkati orang yang bercukur....-aizat kuar citer kisah nabi..

untuk yang terlepas episode yg lepas.. silalah Tonton
http://www.tonton.com.my/#/home/channels/TV9/umrah_kita_5536139cb140434098efa09200dfd5ef

siap ada peraduan lagi...  -umrah kita??
silalah layari laman ini..
http://apps.tv9.com.my/umrahkita/index.asp



  1. tangkap gambar mcm ni..dan jawab soalan dengan betul.



    - Emelkan gambar logo, jawapan dan butiran anda kepada kami dicontests@tv9.com.my.



    Pemilihan para pemenang adalah berdasarkan kriteria yang berikut:
    Peserta yang ke-9 yang memberikan gambar logo serta jawapan yang betul.
    (Tertakluk kepada Terma & Syarat)
~GOOD LUCK...





2 comments:

Unknown said...

salam..bleh tak nak tanye..apa soalan kedua "umrah kita"?..thanks

jannatul said...

waalakmslm... maaf dik.. saya pun tak perasan soalan ke 2 tu... hohohooo....

Post a Comment