Thursday, August 2, 2012

ada apa dengan namamu??


Ya Allah... layakkah aku? sesuaikah aku dengan nama ini? nama umpama doa- jadi.... panggillah seseorang itu dengan panggilan yang baik2 ya...


-They say , nama seseorang memberi peranan membentuk akhlak di masa hadapan.
Contohnya Danish, berpengetahuan dan bijak.Tetapi akhlak mulia wajib dibentuk sejak kecil. Dalam Islam, lelaki wajib mempunyai nama yang di hadapannya Muhammad atau Ahmad jika pemberi nama tidak meletakkan nama Muhammad atau Ahmad pemberi itu akan berdosa atau entahlah saya pun dah lupa (nak tahu lebih lanjut tanya  Ustaz Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz).
- Pemberi nama tidak boleh memberi nama sesuka hati contohnya Boboi ,Nama itu tiada maksud dan di padang Mahsyar,akan dipanggil nama itu untuk menimbang amalan-amalan  semasa di dunia.Nama Boboi akan dipanggil di padang Mahsyar dan dia akan berasa malu serta marah dan dia akan cari pemberi nama itu.
- Jadi janganlah kita memanggil seseorang itu dengan nama singkatan yang lari dari maksud namanya tidak kiralah keluarga atau pun kawan dan janganlah kita mengejek rakan kita dengan panggilan panggilan yang menyakitkan hatinya.
- Akhir Sekali,saya mahu mengingatkan para pembaca,panggillah seseorang itu dengan nama penuhnya seperti Abdul Aziz,jangan kita panggilnya Aziz kerana Aziz adalah salah satu nama-nama ALLAH yang bermaksud  Yang Maha Perkasa. Abdul bermaksud Hamba=Hamba ALLAH.Setakat ini yang dapat saya kongsikan pada para pembaca mohon maaf jika terkasar bahasa….  




a) Disunatkan memberi nama-nama yang elok dan baik kerana Nabi s.a.w. bersabda;
إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ
“Sesungguhnya kamu sekelian akan diseur/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
b) Nama yang paling baik/paling elok ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.;
إنَّ أحَبَّ أسْمائكُمْ إلى اللّه عَزَّ وَجَلَّ عَبْدُ اللّه، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ
“Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman”. (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)
c) Harus memberi nama sempena nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya.
Sabda Rasulullah s.a.w.;
تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ
“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah”. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)
Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan; “Seorang lelaki dari kalangan kami baru memperolehi anak dan ia memberi nama anak itu ‘Muhammad’. Lalu kaumnya berkata kepadanya; ‘Kami tidak akan membiarkan kamu memberi nama dengan nama Rasulullah s.a.w.’. Maka lelaki ini pun pergi menemui Nabi s.a.w. dengan membawa anaknya di atas belakangnya. Ia bertanya Nabi; “Ya Rasulullah, dilahirkan untukku anak dan aku menamakannya ‘Muhammad’, lalu kaumku berkata kepadaku; ‘Kami tidak akan membiar kamu menamakan dengan nama Rasulullah s.a.w.”. Lantas Nabi menjawab;
تَسَمَّوْا بِاسْمِي، وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي، فَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ، أَقْسِمُ بَيْنَكُمْ
“Berilah nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (yakni Abul-Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembahagi) yang membahagi di antara kamu”. (Riwayat Imam Muslim)
Sebagaimana sedia dimaklumi bahawa, Nabi s.a.w. telah menamakan salah seorang anaknya dengan nama Ibrahim.
d) Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin”.
e) Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, ‘Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.
Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Nabi s.a.w.;
لاَ تُسَمِّيَنَّ غُلاَمَكَ يَسَاراً، وَلاَ رَبَاحاً، وَلاَ نَجِيحاً، وَلاَ أَفْلَحَ، فَإِنَّكَ تَقُولُ: أَثَمَّ هُوَ؟ فَلاَ يَكُونُ، فَيَقُولُ: لاَ”. إِنَّمَا هُنَّ أَرْبَعٌ، فَلاَ تَزِيدُنَّ عَلَيَّ.
“Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; Apakah ada di sana (Yasar, Rabah dan sebagainya itu)? Lalu ia menjawab; ‘Tidak ada’. Sesungguhnya nama-nama itu hanya empat. Maka jangan kamu menambah ke atas apa yang aku sebutkan itu”. (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)
Menurut Imam Nawawi, faktor dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) ialah; buruk/jeliknya jawapan dan juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian orang ke dalam suatu bentuk perbuatan menengok untung/nasib”. (Contohnya; apabila ditanya; ‘Adakah di sana ada Rabah (yang bermaksud; untung)?’, lalu dijawab; ‘Ada’. Apabila orang yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung).
f) Diharamkan memberi nama dengan nama “Malikul-Amlak” yang bermaksud; ‘Raja bagi segala raja’.
Sabda Rasulullah s.a.w.;
إنَّ أخْنَعَ اسْمٍ عِنْدَ اللَّهِ تَعالى رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأمْلاكِ
“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak”. (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda;
أَغْيَظُ رَجُلٍ عَلَى اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَخْبَثُهُ، رَجُلٌ كَانَ يُسَمَّى مَلِكَ الأَمْلاَكِ، لاَ مَلِكَ إِلاَّ اللَّهُ
“Lelaki yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja melainkan Allah”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Berkata Imam Nawawi; berkata para ulama’; memberi nama dengan nama ini (yakni Malikul-Amlak) adalah haram.
g) Hendaklah dijauhi dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-‘Uzza (Hamba Tuhan ‘Uzza) dan sebagainya. Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama’.
h) Begitu juga, hendaklah dijauhi dari memberi nama dengan nama-nama yang menggambarkan hilang/leburnya jati-diri (sebagai seorang muslim), meniru-niru (nama orang bukan Islam) dan nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama Huyam (gila berahi), Susan dan sebagainya.
i) Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik kerana Nabi s.a.w. telah melakukannya kepada para sahabat baginda.
Ibnu Umar r.a. menceritakan;
أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ. وَقَالَ: “أَنْتِ جَمِيلَةُ”.
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menukar nama (seorang perempuan bernama) ‘Ashiyah (yang bermaksud; perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); ‘Kamu adalah Jamilah (bermaksud; yang indah)’”. (Riwayat Imam Muslim)

Said bin al-Musayyab menceritakan bahawa bapanya -yang bernama Hazn (bermaksud; susah/sedih)- telah datang kepada Nabi s.a.w., lalu baginda bertanya kepadanya; ‘Apa nama kamu?’. Jawab bapaku; ‘Hazn’. Lalu Rasulullah berkata; ‘Kamu adalah Sahl (yakni Nabi menukar namanya kepada Sahl yang bermaksud; mudah). Namun bapaku berkata; ‘Aku tidak akan menukar nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku’. Said berkata; ‘(Dengan kedegilannya itu) maka berterusanlah huzunah (yakni kepayahan/kesedihan) membelenggu keluarga kami selepasnya’”. (Riwayat Imam Bukhari dari Said bin al-Musayyab dari bapanya)


thanks mum and dad -sebab menamakan anin dengan nama yang baik2... hehhehe...
nak sangat Huruf J kn bapak?? anak lelaki pun nak letak nama starting letter  'J' ..
nasib baik isteri sorang ustaz time mak bersalin kat hospital haritu cadangkan nama -Jannatul... haih... ok! that's it!!! stop story telling Jannatul Adnin.. stop it! 
 ~esok nak sahur..... 
nak masuk 14 ramadhan 

counting  days for my BIRTHDAY>>> 1/10/1433

hehehehe.... =)

Wednesday, August 1, 2012

Final- Dejavu di Kinabalu =)

what wanna to do?
arini cerita Dejavu di Kinabalu last... what happen in the end ek?? Nadira memilih Bazli atau Ammar??



Bazli sangat-sangat menyukai Nadira.. tapi, mak Bazli dah bagi amaran supaya tak bernikah dengan anak dia...
Ammar pulak keliru dengan perasaan sendiri.. bayangan Inara atau benar-benar mencintai Nadira.

me pulak dilema- so,arini anin nak berbuka kat rumah ke atau nak gi moreh kt surau??hohoho... semalam aunty Rohana dah ajak satu family...
 " esok datang tau... ada moreh..." -insya-allah mak cik... lupa lak arini citer Dejavu last.... dah la episode2 sebelum ni tak tonton..

hehehhe... pagi tadi, lepas sahur.. tiba2 dapat idea... nak jalan kaki gi surau- takut gelap. sorang2 pulak tu... nak turun bukit lagi... nak drive boleh jugak..
suddenly, dapat idea..... (anin dah lama tak bawak motor... last anin naik motor last year lah...) hehhee.... =)
then, i ask dad... " bapak.. boleh tak nanti anin gi surau bawak motor??- he-he-he... boleh la... bile  lagi anin nak pakai telekung naik motor.. hahhaaha." saje anin usik mak dan bapak... =P

OK! apa2 pun... cerita tu hanya rekaan semata2.... we wait and watch jelah...



Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?

SUMBER ARTICLE DAN ARTICLE PENUH: http://www.perekacerita.com/2012/06/dejavu-di-kinabalu-tv3.html#ixzz22MXCyTlI




will this be??
________________________________________________________________________________
This is what really happen to me..... hehhee... ~ kita merancang Allah yg menentukan.. ceh-ceh-cehhh...
as usual follow mum & dad to musollah.... - biarlah ditinggalkan cerita tu.. uhukhukhuk...
aku kehilangan 'TOCANG' - jadilah anak yang lebih baik Jannatul Adnin.... jgn jadi anak jinn yang nakal-jadilah anak pak Haji Jinan yang "baik"- hehhehee...... kemana saja mereka pergi- i will follow them... berangan mcm anak tunggal je... =P

just nak update blog sikit ni...

tweet-tweet with @nabillahhatikah
@jannadnin -ending die nadira kawin ngn bazli!! :-)
say what- i just shock.... (namanya drama melayu... haish...... knp tak ammar??)
 i told mum, then what mum say " baguslah tu.... Bazli baik..." sarcatic is't mummy?
hurmm........ ilah told me that if nak tonton ending nadira with ammar watch on http://www.tonton.com.my/

OKAY!!! apa2 pun... it's only a story... - sib baik anin xtonton tadi.. kalau tak sure melepaslah nk berbuka ramai2 dengan jiran tetangga and another things..... tak dpt solat maghrib berjemaah - sbb leaving alone... aYYAyya-ya...

tak patut-tak patut cerita tu ditayangkan time maghrib- ish-ish-ish.......

I'm really happy today and yesterday... mana tak nya... nama saya disebut2 ... hohohhooo... nama pinjaman sahaja adnin.... =)



Monday, July 30, 2012

Umrah kita tv9

alhamdulillah... kita masih lagi bernafas... masih lagi diberi masa  SEKARANG ini untuk bertaubat dan berubah...

dah baca niat puasa untuk esok??
baca2 lepas terawikh pun boleh baca lagi.. nak sahur pun boleh juga.. but becareful.. takut 'terlepas' atau tak  terbangun sahur nanti.. so , better niat before nak tido... =P


Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .


Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


let's review back- kan melayu ni mudah lupa... beringatlah kembali.. terutama pada diri sendiri ini... =)

Syarat-syarat Puasa
Terbahagi kepada 2 :

1) Syarat-syarat wajib
2) Syarat-syarat sah

Syarat wajib
a) Islam
b) baligh
c) berakal
d) berupaya(sihat)
e) bermukim

Syarat Sah
a) Islam
b) Berakal
c) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d) Niat

Rukun Puasa
a) Niat
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Faedah Puasa
a) Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
b) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c) Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
g) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
f) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia

Keistimewaan Bulan Ramadhan

a) Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
b) Allah merahmati orang yang mengimaninya
c) Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
d) Iblis dipenjarakan
e) Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
f) Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.

 

  selepas menonton "umrah kita" at tv9 jam 11 malam..
jalan2 sekitar masjidilharam... seronoknya mereka dapat pegi umrah... @MohdNohSalleh, @altimet & @MuhdAizatAmdan... last episode aritu tunjuk accident at the end.. so , "MUST WATCH" arini punya episode... what really happen eh??

dlm twitter  yesterday -
RT : @altimet : apa yg langgar van kami masa #umrahkita?
A) unta? B)burung ababil? C) kenderaan lain? Nantikan!

~buat suspen je....


Sinopsis program #UmrahKita
:-:  3 penyanyi band indie, dalam satu kembara istimewa. Umrah dari perspektif 3 anak muda berbeza. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan pengalaman Noh, Altimet dan Aizat mengerjakan ibadah umrah.




ada masa pulak Altimet dan aizat main futsal " bani gegar"...

1. Rukun umrah : tawaf
tawaf keliling kaabah -
jangan cakap takbur..

2. menunaikan rukun saie dan tahlul- wah.... ingat kawasan saie terdedah.. - rupanya berbumbung..
anda akan rasa macam naik bukit sikit di kawasan itu..
tahlul - potong rambut sekurang2nya sehelai..
kedai gunting pun banyak kat situ..
trio tu kata "BONUS" - diberkati orang yang bercukur....-aizat kuar citer kisah nabi..

untuk yang terlepas episode yg lepas.. silalah Tonton
http://www.tonton.com.my/#/home/channels/TV9/umrah_kita_5536139cb140434098efa09200dfd5ef

siap ada peraduan lagi...  -umrah kita??
silalah layari laman ini..
http://apps.tv9.com.my/umrahkita/index.asp



  1. tangkap gambar mcm ni..dan jawab soalan dengan betul.



    - Emelkan gambar logo, jawapan dan butiran anda kepada kami dicontests@tv9.com.my.



    Pemilihan para pemenang adalah berdasarkan kriteria yang berikut:
    Peserta yang ke-9 yang memberikan gambar logo serta jawapan yang betul.
    (Tertakluk kepada Terma & Syarat)
~GOOD LUCK...





Saturday, July 28, 2012

new assignment

Balik je dari surau tadi... skrg anin dah dapat assignment baru...
topic : Rohingya
pagi tadi anin tanya bapak pasal berita Rohingya.... Siapa Rohighya tu?? nama tempat ke? kaum ke? kat mana? kenapa orang  nak kecoh pasal kes rohingya?? dalam tweeter pun cerita pasal tu.. ada gambar dan description lagi.. but, anin tak faham lah..... (banyak betul soalan anin)
apa yang dad reply?? - check la dalam wikipedia... hurmmm .... bapak ni...
bapak : Rohingya ni kaum muslim minoriti yang tinggal di Myanmar...



sambil anin menulis ini.. mak dah bising sebab milo tak abis minum.. hahhahaa.... (minum jap.... mak nak basuh cawan ni)
ok.. continue back...
alhamdulillah.... selamat sudah terawikh malam ke -9 hari ni...  bersyukur sangat sebab tinggal di bumi bertuah Malaysia.. yang aman, berbilang bangsa dan berlainan agama yang tinggal serumpun

balik pada topic assignment yang anin dapat ni.. let's GGGoooo.. GOOGLE...


Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka. Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabda


 Rasulullah SAWyang bermaksud, “Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”. Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam", Hadis riwayat Muslim.

bila dengar berita mengenai Rohingya ni... anin mula rasa " I should be more alert dan amik tahu pasal perkara ni..." yelah.. asyik jadi 'katak bawah tempurung' je... dunia luar amik tak kisah je.. kalau terkena pada diri sendiri baru tau... ish3.... subhanallah...



comel je tengok budak-budak ni...


1. Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini, 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.
2. Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu, puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.
3. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus apabila orang Islam Rohingya terus dijadikan sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.
4. Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima, polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

5. Berdasarkan maklumat langsung dari Maungdaw, sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempoh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network, dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

6. Namun, mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga kini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga kini.

7. Pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan bahawa mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

8. Lebih memeranjatkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan, pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

9. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk, namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

10. Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gitelah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

11. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan, namun bukan untuk melindungi mereka, akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah. Lantaran itu, penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

12. 9 hb Jun 2012, sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar. 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine.

13. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat terkini, semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. Hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

14. Kutukan keras dilemparkan terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

15. Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand, 150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

16. Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat ke atas Umat Islam Rohingya yang masih berada di wilayah Arakan, Myanmar .

17. Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa mengganut Buddha.

18. Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memiliki telefon bimbit.

Semoga kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar supaya segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Kita mesti bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan. Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan!

bila baca kisah dan cerita-cerita tentang Rohingya ni.. tiba2 anin terimbau kenangan waktu anin join SCD time gi  Pos Bersih, Kg Ulu Slim, Slim River Perak  dalam program "Tautan Kasih- MRA-MSU-JHEO"..
more info : http://drazwan.blogspot.com/2010/02/program-tautan-kasih-mra-msu-jheoa.html ini tautan kasih siri -1.. anin join dengan Wan Noor Awanies , Izatul, Sakinah time tautan kasih siri ke-2... =) takde gambarlah....
http://www.mra.my/bm/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=2&Itemid=13


Resource:



  1. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EtnikRohingyasukarlupabersahur_berbukadenganair_garam/Article
  2. http://pahangdaily.blogspot.com/2012/07/pembunuhan-etnik-muslim-rohingya-di.html
  3. http://www.szlihin.com/2012/06/isu-pembunuhan-umat-islam-rohingya-di.html
  4. http://wirajiwa.bumicyber.com/index.php?option=com_content&view=article&id=603:kekejaman-keatas-umat-islam-rohingya-di-myanmar&catid=27:isu-semasa&Itemid=49
  5. http://documentary-evidence.blogspot.com/2012/06/photos-of-arakan-riot.html



last word..
what can i help them?? apa yang boleh kita buat untuk membantu mereka?? 
cerita Rohingya sama macam cerita zaman rasulullah.. bila umat islam ditindas di tempat sendiri.. sebelum mereka berhijrah ke madinah..
Dalam bulan puasa ini banyak tempat makbulnya doa. Malah, janji Allah doa orang yang berpuasa itu sendiri makbul. Bayangkan kalau mesej ini tersebar dan di SHARE kepada berjuta umat Islam dan semuanya berdoa. Insya Allah kita dapat bantu saudara se Islam kita di Rohingya, Myammar yang sedang ditindas dan dibunuh itu dengan doa kita semua. Doakan umat Islam di sana diberikan kekuatan dan kemenangan serta sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat mereka semua, baik yang hidup atau mati.


Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh
 
 — with Dato' Seri Jamil Khir.
 

~wallahualam...

Friday, July 27, 2012

collection of IFTAR last year..

Masa kita bersama meniti kehidupan sebagai seorang pelajar..

Shah Alam
semasa Iftar Ramadhan di rumah madam Arashidatul

aksi

gadis dapur..... =P ~blurrr lagi.......




classmate

weeeehuuuu.......


suka tengok gambar ni... focus on front and blurr kat blkg... 
 ~seriously I really-reaLLy-REALLy miss u guys soOOoo much......


expected the UNexpected.......... teehheheehee

hurrrmmm...... macam-macam gaya... hohhohoo..... =)

akibat focus hilang...gambar jadi BLURR....terpaksalah on Flash...
oppss... background jadi gelap plk... huuurrrmmm.... =X

oh! no.......
anis and me
snap picture sementara  menunggu waktu berbuka puasa (maghrib)
kadang2 ada tazkirah dan pengisian ceramah agama... =)


Khalilah and Hanani (adik Hartini )
bertukar pendapat, cerita, dan novel menarik =)

Hartini dan Nur Ili
manjanyaa........................ haish... ni yg jelouse nih... =P

Anis, Atiqah and me..
Flash ke spotlight nih?????

Zaty , Anis and me


~uwaaaa............. rindulah nak pegi kat sini lagi...  :'(
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah...


  • imam baca surah guna Al-Quran besar depan mata..... =)
  • ramai orang berebut-rebut nak masuk saf depan... 
  • lepas tu nak pegi amik wudhu.. berulanglah turun-naik tangga...  tempat yang luas ..terasa nyaman, tenang dan kerdil aja diri ini bila berada di rumah-Nya..
  • time nak solat, dengarlah pengumuman yang ada disediakan tempat untuk kanak-kanak dijaga sementara ibubapa solat... but still dengar budak2 kecik menjerit, berlari2 dalam Masjid... tapi, menariklah sebab kat sini disediakan nursery.. siap anin , usik Anis lagi... kalau2 dia nak hantar anak boleh la kat sini... =) hehehe....
  • lepas solat, kalo sape2 ada bawak botol air, boleh la isi air kat bawah tangga tu... =D


Ya. Allah Ramadhan kali ini ku harap dapat mendidik jiwa agar belajar lebih bersabar, lebih berdikari, lebih baik dari sebelumnya... beruntunglah kalau kita mengerjakan kebaikan-ibadah  70x ia digandakan... bulan kerahmatan dan keberkatan.. 

sampai hari ini, anin tak jejak2 kaki lagi ke bazar ramadhan...entahlah.. rasa tak minat nak jalan2 beli barang untuk juadah berbuka... tinggallah sorang diri lagi kat rumah as usual... harap mak belilah makanan yang sedap2 ya... heheheheee.... 


~to be continue



Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan 1433H

dah masuk hari ke - 4 kita berpuasa..
gambar iftar  last year... =)

kak soleha dah sampai..

zaty shazni dan anis husna

juadah berbuka 

me and nur ili with pisang.... hehehehe

here they are..

bahulu kemboja.. yummmieyhh..... =D

ok... skrg nak gi surau dgn family.. ada bacaan tahlil , moreh dan seterusnya..................




~to becontinue

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan al-mubarak

nothing much to say.....

IT'S MAGICAL... WoNDERFUL... and fascinating month..
SURPRiSE ..................






sambil menonton 5 rencah, 5 rasa... tiba2 rasa nk update blog kn...
HOLLA... it's MMMoooonnndaaayyyyyyyyyyyyyy everyone...
time goes by....
chef shers bila memasak... COOking is simple and easy... 
my dad suka tengok dia masak... dia cakap mamat ni sempoi je bila masak... 
alah dad... u pun mcmtu jugak...  kalau masuk dapur...... anin pun jadi macam tak reti memasak... but, you are the BEST dad... rasa nk makan... cari resepi dalam buku resepi mak punye... kalo tak jmp.... u use ur galaxy note GOOGLE....
oh! Mr Google.... laman web yang boleh dipercayai utk try resepi yang "menjadi" ialah...

http://www.myresipi.com/ -try lah - macam-macam adO.... =D


done watching #5rencah 5 rasa...


ok... skrg mak dan bapak kuar gi shopping tinggallah sorg kat rumah...


#watching wanita hari ini pulak lah.... =P

what i'm gonna do today?????

busy-busy-busy........ 


bila ramadhan mendatang.... jom study.... PERISTIWA2 penting di bulan Ramadhan:

1. Perang Badar
Perang Badar ialah perang pertama di dalam Islam. Perang ini ialah perang yang berjaya memisahkan antara yang benar dan yang bathil. Berlaku pada hari Jumaat, bersamaan 17 Ramadhan, tahun kedua hijrah. Hal ini telah oleh Dr Said Ramadhan al Boutie dalam kitabnya Feqh al Sirah al Nabawiyyah pada halaman 158. Al Mubarakfourie juga ada menyatakannya di dalam al Rahiq al Makhtum pada halaman 249. Dr Wahbah al Zuhailie menyokong pendapat ini dan menyatakannya di dalam al Feqhul Islam wa adillatuh pada halaman 575.

Allah telah berfirman : ( Allah telah membantu kamu dalam perang badar sedang ketika itu kamu berasa hina. Takutlah Allah, moga-moga kamu bersyukur .)

Dr Wahbah al Zuhailie dalam kitabnya al Feqhul Islam, menyatakan satu riwayat daripada Ibnu Abbas , iaitu peristiwa itu berlaku pada 17 Ramadhan dan terbunuhnya firaun ummah iaitu Abu Jahal, musuh utama Islam.


2. Fathu Makkah ( Pembukaan Kota Mekah )
Pembukaan kota Mekah ialah salah satu peristiwa yang terbesar dalam sejarah Islam. Peristiwa ini yang menyebabkan kekuatan islam dan penyebarannya mula melebar ke serata alam. Peristiwa ini dianggap satu kejayaan kepada Islam. Malah peristiwa ini merupakan tarikh keramat kepada kesempurnaan Islam. Peristiwa ini telah digambarkan dengan sempurna di dalam surah al Fath ayat 1 : ( Sesungguhnya kami telah membuka kepada kamu pembukaan yang benar ).

Berlaku pada hari selasa, bersamaan 17 Ramadhan tahun 8 Hijrah. Rasulullah dan umat Islam berpuasa ketika bertolak dari Madinah dan sampai di Kadid, di antara I'sfan dan Amaj, baginda berbuka puasa. Hal ini telah dinyatakan oleh Abdul Salam Harun di dalam kitab Tahzib Sirah Ibn Hisyam, pada halaman 198.

 

3. Perang Tabuk.

Berlaku beberapa peperangan Tabuk pada bulan ramadhan tahun 9 hijrah. Baginda keluar ke Tabuk pada bulan Rejab dan kembali ketika bulan Ramadhan. Peperangan ini memakan masa selama 50 hari. Secara tepatnya, peperangan di Tabuk memakan masa selama 20 hari sahaja. Manakala bakinya berlaku sepanjang perjalanan pergi dan balik. Peperangan Tabuk ialah peperangan yang terakhir yang diikuti oleh baginda s.a.w. Peristiwa ini telah diberitahu kepada kita melalui kitab al rahiq al Makhtum, karangan al Mubarakfourie, pada halaman 517.

 

4. Nuzul al Quran.

Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah di Gua Hira'. Peristiwa itu berlaku pada hari Isnin, bersamaan 21 Ramadhan atau 10 Ogos, tahun 610 Masihi. Peristiwa itu berlaku pada waktu malam. Baginda ketika itu berusia tepat 40 tahun 6 bulan 12 hari.

Berlaku perselisihan dalam kalangan ulamak, peristiwa kenabian itu berlaku di bulan Ramadhan. Ada juga berpendapat ianya berlaku pada bulan rabi'ul awwal. Ada juga yang mengatakan dalam bulan Rejab. Tetapi kami merajihkan ianya berlaku dalam bulan Ramadhan.Seperti mana firman Allah : ( Bulan Ramadhan diturunkan padanya al Qur'an..) –Surah al Baqarah ayat 185.

Bukan setakat itu sahaja, malah firman Allah : (Sesungguhnya kami turunkannya pada malam Lailatul Qadar ) – Surah al Qadr ayat 1. Seperti mana yang kita ketahui malam lailatul qadar itu jatuhnya dalam bulan Ramadhan.

Ia dikuatkan lagi dengan firman Allah di dalam surah al Dukhan ayat yang ke 3 : (( Sesungguhnya kami turunkan al Quran, pada malam yang diberkati, sesungguhnya kami telah memberi peringatan)). Rasulullah s.a.w berada di gua Hira pada bulan Ramadhan, jesteru peristiwa penurunan al Quran itu berlaku pada bulan Ramadhan juga seperti yang kita ketahui.

Tetapi, telah berlaku polemik, iaitu perselisihan ulamak pada menyatakan tarikh penurunan wahyu secara tepat. Antara pendapat tersebut ialah :

Pendapat 1 : Hari ke 7

Pendapat 2 : Hari ke 17

Pendapat 3 : Hari ke 18

Pendapat 4 : Hari ke 21

 

Dalam kitab Muhadarat Tarikh al Umam al Islamiah, karangan al Khadrie, jilid 1 halaman 69, menyatakan yang beliau berpendapat permulaan penurunan wahyu itu berlaku pada 17 Ramadhan. Tetapi al Mubarakfourie berpendapat tarikh yang sebenarnya ialah pada 21 Ramadhan.

Hujah al Mubarakfourie tentang tarikh 21 Ramadhan ialah kesemua ulamak sirah bersepakat peristiwa bi'sah nabi berlaku pada hari Isnin. Ini turut dikuatkan dengan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para imam-imam hadis seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah, sesungguhnya Rasul telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin. Baginda bersabda : pada hari itu, aku dilahirkan, dan pada hari itu diturunkan wahyu kepadaku. Dalam riwayat lain, terdapat lafaz : Hari yang aku dilahirkan padanya, dan hari yang aku dibi'sahkan atau hari yang diturunkan wahyu ke atasku. Hadis ini dikeluarkan dalam sahih Muslim ( Jilid 1 / halaman 368 ), Imam Ahmad ( Jilid 5 / halaman 397 dan 399 ), Imam al Baihaqie ( Jilid 4 / halaman 286 dan 300 ), al Hakim ( Jilid 3 / halaman 206 ).

 

Menurut al Mubarakfourie lagi, dalam tahun itu dan dalam bulan Ramadhan, hari Isnin tidak berlaku melainkan pada 7, 14, 21 dan 28 Ramadhan. Dan lailatul Qadar pula dalam riwayat hadis yang kuat menyatakan ianya berlaku dalam 10 hari terakhir Ramadhan dalam hari-hari yang ganjil. Jesteru jika dihitung mengikut firman Allah yang mengungkapkan penurunan al Quran pada malam lailatul Qadar, dari hadis bi'sah nabi yang berlaku pada hari Isnin dan perhitungan kalender secara ilmiahnya, menguatkan bahawa tarikh 21 Ramadhan berlakunya awal penurunan al Quran dan bukannya pada 17 Ramadhan. Inilah pendapat yang diterjih oleh al mubarakfourie.

Namun, pendapat 17 Ramadhan adalah tarikh awal penurunan wahyu adalah pendapat jumhur ulamak.

 

5. Penghantaran batalion perang selepas Fathu Mekah.
Selepas pembukaan kota Mekah. Rasulullah telah menghantar beberapa batalion perang, yang bertujuan memusnahkan musuh. Kesemuanya itu berlaku dalam bulan Ramadhan. Penghantaran tersebut adalah seperti berikut :

i. Rasulullah s.a.w mengutuskan Khalid bin al Walid ke a'za. Penghantaran tersebut berlaku 5 hari terakhir di dalam bulan Ramadhan dalam tahun 8 Hijrah.

ii. Di utus Amru bin al A's ke Suwa'. Lebikh kurang 3 km dari Mekah.

iii. Di utus Saad bin Zaid al ashhilie ke minat bersama 20 tentera berkuda.

 

6. Pengislaman rombongan tsaqif pada tahun 9 Hijrah.
 

Selepas kepulangan Rasulullah s.a.w ke Madinah dari Tabuk dalam bulan Ramadhan, pada tahun 9 Hijrah. Baginda telah didatangi rombongan Tsaqif daripada Thoif yang ingin menganut Islam. Hal ini telah dinyatakan dalam Sirah Ibn Hisyam pada jilid 4, halaman 141-144.

 

7. Peperangan al Zilaqah pada tahun 479 Hijrah.

 


Pada subuh hari Jumaat, 25 Ramadhan pada tahun 479 Hijrah telah berlaku peperangan al Zilaqah ( laut yang terletak berdekatan dengan Portugal sekarang ini ). Peperangan ini telah dimenangi oleh tentera Portugis yang memiliki kekutan sebanyak 1000 tentera di bawah pimpinan Alfonso ke 6, raja Qisyhtallah. Peristiwa ini disebut di dalam al Feqhul Islam wa adillatuh, karangan Dr Wahbah al Zuhailie, jilid 2 halaman 572.

 

Di dalam kitab Tarikh al Islam, karangan asan Ibrahim Hasan, jilid 4 halaman 118 menyatakan, seandainya Yusuf bin Tashfin yang menerima seruan jihad tersebut dan mengetuai tentera muslimin dalam peperangan al zilaqah dan menang dalam peperangan tersebut, nescaya eropah kini sudah menganut Islam. Lihat sahaja kesan tersebut, beberapa universiti di Moscow, Berlin, London dan Paris telah menyediakan ruang untuk menyelidik al Quran.

 

8. Peperangan Ain Jalut pada Ramadhan tahun 658 Hijrah.

 


Peperangan ini berlaku pada 3 April tahun 1260 Masihi bersamaan hari Jumaat, 15 Ramadhan tahun 658 Hijrah di Ain Jalut ( perkampungan diantara bisan dan Nablus di Palestin ). Dalam peperangan tersebut, tentera Monggol telah kalah dengan tentera kerajaan Mamalik. Kekalahan tersebut adalah titik penting berhentinya penguasaan tentera Monggol terhadap asia barat. Malah peristiwa tersebut telah membawa kepada kemerdekaan Mesir dan penggabungan antara Mesir dan Syam. Peristiwa ini telah digarap dengan teliti di dalam kitab al Alam al Islami fil asr al Mughulie, pada halaman 48.

 

9. Pembukaan Andalus pada Ramadhan tahun 92 Hijrah.

 


Pembukaan Andalus berlaku pada 28 Ramadhan tahun 92 Hijrah atau bersamaan 19 Julai tahun 711 Masihi. Pembukaan Andalus diketuai oleh Thoriq bin Ziyad selepas kekalahan tentera pimpinan Roderick dalam peperangan yang cukup getir iaitu peperangan al Buhairah. Peperangan tersebut berlaku selepas tentera muslimin menawan Jabal thoriq atau Jabraltar. Kemudian, berlakulah penawanan Cordova ( Qurtubah ),Granada ( gharnatah ) dan Thulaitolah di Andalus. Sejarah ini boleh dirujuk melalui kitab al Tarikh al Siyasie Liddaulah al Arabiah, karangan Dr Abdul Mun'im Majid, jilid 2 halaman 204.

Hazim A'juz telah menulis satu artikel yang bertajuk Bulan Ramadhan al Mubarak menolak keperwiraan dan membersihkan ibadah dan taat dalam majalah al Iqtisad al Islami, bilangan 142. Keluaran March 1993 Masihi bersamaan Ramadhan 1413 Hijrah, halaman 20, telah mengambil kata-kata Syeikhul Azhar, Syaikh Jadul Haq Ali Jadul Haq iaitu :

" Sesiapa yang memberhentikan amalan mereka atau mengurangi amalan mereka dengan dakwaan dia berpuasa, maka jelaslah dia seorang yang jahil terhadap hukum agama, lalai terhadap implikasi berpuasa. Berpuasa tidak menghapuskan amalan atau mengabaikannya."



aik?? dah abis membaca?? bagus2....

p/s : soMEThing Special gonna happen in ur life... believe me...percayalah...........banyak perkara akan terjadi dalam hidup anda... sebenarnya kita boleh mohon apa ja yang kita mahu dalam hidup.... pilih saje  macam nak beli barang dalam catalog... merepek?? hurmm.... atau anin sorg je rasa mcam tu?? percayalah dengan perancangan ALLAH S.W.T

bagi anin... insya-allah... suatu perkara itu lambat atau cepat, dengan izin allah.... jika niat kita baik.. ia akan jadi kenyataan... =P
percayalah... nak tau cerita tak? semalam anin terbayangkan murtabak... sekali..... tiba2 kak janna datang time nak berbuka dengan membawa pelbagai juadah berbuka..... sekali dia buka plastik.... murtabak?? 

hurrmmm.... so, BECAREFUL  with your though... sbb selalunya, kadang2 kita terFIKIRkan je.... and it's happen.... 


itu pasal makanan.... sometime, in life... banyak lagi perkara lebih BESAR akan terjadi.. iya...rukun iman yg ke-6 Beriman dengan Qada' dan Qadar... think positive selalu lah.....

let's we sail the ocean with our own way of life....    =)

http://thesecret.tv/ web yang boleh di baca utk menambahkan  ilmu.... kaitkanlah dengan 
Islam the way of LIFE..... i'm really not in a good in this..... help me people....P.E.O.P.L.E... dah stop it...

~to be continue...