Thursday, August 23, 2012

happy belated raya aidilfitri... =)



...السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Dam dam dum.. bunyi mercun.. actually, bunyi mercun bkn mcmtu... (i can't write it down) 

naughty girl sit beside me and read this notes.. hahhaha... budak kecik fina ni... taulah dia dah pandai membaca.. abis semua yang aunty anin taip dia nak baca... ini bukan short story lah fina.... ni blog la.. jom kita kongsi cerita dengan orang lain nak?? hehehehe.... -tak nak?? alarrrr.... . jomlah fina... lepas abis nasi goreng, fina sambung baca ya..... =P


This is story of a girl......... 



klik-klik..... 5th shot

taken with canon 600D


first raya for them......... 
from left , Ahmad Hafidz Jahiz Bin Harun with Muhammad Jazlaan Bin Johan Johari

anak-anakku... huahuahua..... =D

edit using dad punye phone... hohoho.... baru nak explore.. 
maklumlah bulan pose buzy...


edit lagi la....... =O





teng-teng........ jadi tukang kipas lak anin ni...


i'm not jelouse kay...


mummy and daddy = my BEST friends....

anin dah macam................. tetttttt............








lepas balik solat aidilfitri- turun je kereta minta dad snap picture...
huahuahua...... peliks!!!


collage......i hate to be true.... whoaaa..............
be whatever you want- that what my sis told me =P

 Selamat Hari Raya Aidilfitri... Alhamdulillah ari tahun ni dah masuk kali ke-25.. anin sambut hari lahir +hari raya... WHY 25?? hohoho.. bertambah usia ke?? no-NO-no.... ikutkan kalender islam-Hijrah 1433-1408 =25 lah kan?? kalender islam bulannya ada cukup sampai 31 hari sebulan kan? so, bila dipendek2kan tak samalah dengan kalender org omputih kan?? - that my dad said to me lah... when i ask about perbezaan tahun dalam kalender hijrah dan kalender masihi..




pada hari selasa, 17 mei 1988 suatu pagi yang tenang, orang ramai bersiap dengan ketupat, rendang, lemang, dodol, bahulu, kuih ros, kuih sepit, menghias rumah kediaman masing-masing dengan lampu pelita, baju raya warna-warni, kasut raya berkilat-kilat, kuih raya beraneka citarasa, jangan cakaplah.. yang kecik-kecik semua sibuk nak main bunga api malam raya..

Pagi itu, mereka sekeluarga sibuk hendak ke hospital besar ipoh selepas menunaikan solat hari raya di surau.. teruja ingin melihat bayi yang baru dilahirkan oleh mak mereka... beraya di hospitallah jawabnya kan?? baby syawal yang dilahirkan tidak dikenakan zakat disebabkan lahir lepas solat hari raya.. =)
takbir dialunkan menandakan kemenangan yang diraih oleh orang yang berjaya menunaikan ibadat berpuasa di bulan Ramadhan dengan jayanya.. azan dilaungkan di telinga si kecil setelah selesai bayi dimandikan oleh juruwarat hospital.. bilik yang memuatkan 4 katil sebilik dipenuhi dengan ahli keluarga yang datang mengunjung.. duit raya yang diperolehi semasa kelahiran disimpan oleh ibu dan ayah, bila di kumpulkan mampu membeli stroller baby (troli bayi)... =)

kelahiran anak ke-5 menjadikan hari raya tahun itu, disambut lebih meriah sedikit berbanding raya sebelum ini... saudara-mara berkumpul saling maaf-bermaafan di pagi raya..  =) (the story goes ~wallahualam)



untuk raya aidilfitri kali ini- i spend so much time with them- I'm glad and happy.. lepas cuti haritu... sebulan  penuh dgn mak & bapak... ada sekali tu anin sakit-muntah + diarrhea... mak dan bapak bergilir-gilir jaga anin... mak masuk bilik bagi 100plus, bapak datang pulak bawak kain basah letak kat dahi... i feel i'm protected dan being care 101%.. hehehehe... mum ask " nak tidur kat bilik mak ke?? bawak comforter masuk bilik mak... " i'm refuse- takpelah mak... anin tak tahan sejuk kat bilik mak.. nanti lepas bangun je tido hilanglah kot sakit ni....~insya-allah....  =D


bila kita sakit kila lebih dekat dengan Allah... ORANG SAKIT DOANYA MAKBUL

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah di dalam sebuah hadith bahawa Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda (ertinya) :

" Apabila engkau datang mengunjungi orang yang sakit maka mintalah agar dia mendoakan mu, kerana doanya (makbul) saperti doa para Malaikat."
so kalau korang sakit. Doalah banyak-banyak ya

InsyaALLAH akn dimakbulkan... rajin-rajinlah melawat orang sakit.. dan minta mereka doakan kita dan kita doakanlah mereka cepat sembuh juga ya... =D



Raya tahun ni anin tak siap pun... baju raya pun amik malam raya- sib baik makcik non sempat siap baju tu..
baju tulah yang my sibling call me 'ANA LULU' whateverlah sisters....

 raya kali ini kasut raya takde, tudung raya takde, beg raya takde... hahhaa- really-really
 simple... re-cycle je apa yang ada lah...  tahun-tahun sebelum ni, mak yang pilih dan tempahkan baju raya.. takpun, kak janna atau kak nita bagi kain dah siap dibeli untuk pilih design nak buat.. tak merasa lah nak pilih corak sendiri, pattern apa yang disukai... but, kali ini i FREE to choose by myself- huahuahua...

aritu plan nak beli baju  yang siap.. last, tempah juga dijadikan pilihan... makin kita dewasa raya semakin macam beginikah perasaannya?? - I don't want to grown uplah macam ni... jadi kanak2 lebih happy kot... =X

ok the end of this merepek-merepek...
















Wednesday, August 15, 2012

let's become hijabista!!

choose the STYLE...

me and 'supermodel-sis ayu' hehehehe.... =)
credit to awanies for this picture..

style with new silky scarf- by http://www.sincerelybyushawls.com/



learn how to style with gaya turban.. 


they joining the club....


thanks to http://nurulcakapcakap.blogspot.com/ as the host for the event...

Nurul ni cousin anin punya kawan budak MSU gak...
baju2 dia pun nice2 je... sila lah click sini utk pelbagai jenis new style and trendy
for gadis bertudung 'hijab' http://nurulwonderwardrobe.blogspot.com/


Nurul Wonder Wardrobe 
Alam Avenue, A 6-2, 2, Jalan Serai Wangi F 16/F, Seksyen 16, 40200, Shah Alam , Selangor.
(near Padang Jawa KTM station, JPJ & Puspakom) Butik kami betul-betul di atas RHB easy dan Pizza Hut Delivery.

Wednesday, August 8, 2012

wahai muslimah-misi : mencari 'Lailatul Qadar'

Semua umat islam pasti semua sudah maklum dan ketahui mengenai Lailatul Qadar.. 
kelebihan dan keistimewaan yang ada padanya.. (tak perlulah anin terangkan lagi kan..)

hehhehe..... (nak ringkaskan cerita)

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja sewenang-wenangnya...

but, untuk girls every month they have this problem-periiioooodddd!!!!!
actually it is not a problem but something yang sudah ditakdirkan untuk semua perempuan normal dan sihat... u should glad for that.. Allah bagi rehat  (-_-)
apa nak buat, itulah fitrah seorang wanita, yang mana setiap bulan akan 'uzur'. takkan nak lawan fitrah pulak? setakat period je takpelah.. bagi sesetengah yang having menstruation pain teruk- mesti lagi menyedihkan.... mood swing-headache-bloating-insomnia-abdominal cramp(senggugut)-muscle/joint pain-nause/vomiting (i'm glad sbb not severe as that-EPO is the secret?? hahahha)

nak puasa tak boleh, nak solat tak boleh, nak baca al-quran pun tak boleh... 

orang lain boleh qiamulail, kita tak boleh

jadiiii........... apa yang boleh anin untuk menghidupkan malam2 di bulan ramadhan ni, ek? terutamanya 10 malam2 terakhir ini...-misi :mencari "Lailatul Qadar"







Bagi muslimah yang yang berkenaan, jangan bersedih. Kerana Allah itu Maha Penyayang. mustahil Dia membiarkanmu begitu sahaja. kalau kita berfikir dari sudut positif, sebenarnya ada banyak kebaikan dan kebajikan yang kita dapat seandainya uzur di sepuluh malam terakhir. insyaAllah.

Seperti yang semua orang dah sedia maklum, wanita yang didatangi haid tidak boleh bersolat dan berpuasa, hal ini disebut dalam hadith dari Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Bukankah salah seorang di antara mereka (kaum wanita) apabila menjalani masa haid tidak mengerjakan solat dan tidak pula berpuasa? Para sahabat wanita menjawab : Benar"
(h.r Al-Bukhari)

walaubagaimanapun, wanita-wanita mukmin masih lagi boleh menjalankan ibadah-ibadah sunnah yang lain seperti :

1) Membaca Al-Quran
memang ada kontroversi bagi wanita yang uzur untuk membaca Al-Quran, namun sesetengah ulama' berpendapat wanita boleh membaca Al-Quran berdasarkan sebuah hadith yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim :

daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
"kerjakanlah sebagaimana orang yang menjalankan ibadah haji, kecuali kamu tidak boleh melakukan thawaf di Kaabah, sehingga kamu benar-benar dalam keadaan suci."
(Muttafaqun Alaih)

ketika ini, Aisyah r.a ingin menunaikan ibadah haji dan didatangi haidh, maka Rasulullah memerintahkan untuk  menjalankan ibadah seperti yang dijalankan semasa ibadah haji, termasuk membaca Al-Quran. Namun solat dan puasa tetap tidak boleh dijalankan berdasarkan hadith tentang pengharaman solat dan puasa bagi wanita yang didatangi haidh seperti diatas. 

oleh itu, teruskan membaca Al-Quran. namun janganlah dibaca dengan kuat, kerana dikhuatiri akan menimbulkan perselisihan bagi orang yang berpegang kepada hukum haramnya membaca Al-Quran bagi wanita berjunub. cukuplah sekadar dengar ditelinga sendiri. lagi satu, jangan pula menyentuh naskhah Al-Quran, cukuplah membacanya dari hafalan lalu, ataupun Al-Quran terjemahan. sambil membaca Al-Quran, boleh juga ditadabburi pengertiannya. Allahul a'lam.


penambahan lagi, berwudhu' la sebelum membaca Al-Quran. perbaharui wudhu' setiap kali keluar dari bilik air. mudah-mudahan Allah memberi ganjaran dan keberkatan keatas kita semua. 

2) Bersedekah
Rasulullah dikatakan paling dermawan sewaktu dalam bulan Ramadhan. menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim,

Dari Ibnu Abbas r.a, dia berkata, "Rasulullah S.A.W merupakan orang yang paling dermawan, dan baginda lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakannya Al-Quran. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan lalu membacakan kepadanya Al-Quran. Rasulullah S.A.W ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus."

3) Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.
ok, kalau tak boleh puasa, kita cari pahala bagi makan orang yang berbuka plak. nanti dapat pahala puasa dia sekali kan?:) lagipun, bila dah tak puasa boleh la masak sedap-sedap sebab boleh rasa, tak payah agak-agak je. kalau rasa-rasa tak terer masak, tolong orang masak pun jadilah.... janji dapat bagi orang makan.

"siapa yang memberi berbuka orang yang berpuasa, baginya pahala seperti orang yang berpuasa tadi tanpa dikurangi pahalnya sedikit pun"
(h.r Ahmad, At-Tirmidzi, Nasae'i dan dishahihkan oleh Albani)

4) Berzikir.
gunakanlah waktu lapang kita untuk memperbanyakkan zikir kepada Allah. seandainya mereka menghabiskan  masa sejam untuk bersoat terawih, kita pula menghabiskan masa sejam untuk berzikir. dapat jugak pahala banyak. 
"....Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (13 : 28)

5) Qiamulail.
kalau ingin mengejar lailatul qadar, kuatkanlah diri untuk terus beristiqamah bangun malam. bila dah bangun nak buat ape? jangan tidur balik sudah la..hehehe
banyak benda bole buat, kalau dah bangun boleh la baca Al-Quran, berdzikir, berdoa, membaca buku-buku atau kitab-kitab, masakkan makanan sahur untuk orang yang berpuasa dan 1001 amalan-amalan sunat. terserahlah. jangan ingat hanya kerana kekurangan kita pada waktu itu, kita sudah hilang kelayakan untuk mengejar lailatul qadar. kekurangan yang kita ada bukanlah disengajakan atau diingini melainkan hanya dengan keizinan Allah. maka, gunakanlah setiap ruang dan kelapangan yang telah Allah berikan untuk beramal. InsyaAllah, kekurangan kita tu dapat di'cover' dengan amalan-amalan sunat yang lain.

ala....2/3 malam tu bukanlah lama sangat pun. kalau agak-agak mengantuk, boleh buat kopi untuk elakkan tidur balik. orang buat kuih raya pun boleh bangun awal, kita nak beramal, kenalah berkorban sikit.;)


6) Membangunkan orang lain untuk berqiamulail.
sila rujuk hadith kat atas sekali, yang pasal Rasulullah menghidupkan 10 malam terakhir. perasan tak bab Rasulullah mengejutkan ahli keluarganya? oleh itu, kejutkanlah ahli keluarga anda sekali, ajak mereka beramal sama. kalau tak duduk ngan family, kejutkan la kawan-kawan serumah, seusrah, sekelas mahupun jiran sebelah rumah. dapat gak pahala ajak orang beramal. :)

7) Berdoa bersungguh-sungguh.
kita memang tak tahu bila malam lailatul qadar akan sampai, cuma kita boleh lagi beristiqamah mencari malam ini dengan berdoa bersungguh-sungguh setiap malam.

diriwayatkan oleh Aisyah r.a, dimana dia pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W : wahai Rasulullah, jika aku mendapatkan malam ini (lailatul qadar), maka dengan apa harus aku berdoa? baginda menjawab, bacalah doa :
bermaksud : ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Pengampun dan yang suka memberi keampunan, maka ampunilah aku"
(h.r At-Tirmidzi)


oleh itu, bangunlah malam untuk berdoa bersungguh-sungguh. jangan pandang remeh pahala berdoa ni, walaupun ianya merupakan ibadah yang ringan.



kalau difikir-fikirkan balik, Allah itu Maha Adil, diberikan keuzuran kepada wanita itu dan diangkat kewajiban berpuasa bagi mereka yang uzur. wanita-wanita uzur memerlukan makanan bagi menggantikan nutrisi-nutrisi yang hilang semasa menstruasi. wanita-wanita yang uzur juga tak diwajibkan solat, jadi kalau orang lain bersolat dan berpuasa dapat pahala, kita yang tak solat dan tak puasa jugak boleh mencari pahala lain. bukan tak boleh cari pahala langsung. lagi bez wat, dapat makan dan dapat pahala?;) tapi nanti kena qadha' puasa la, tak bole main tinggal je.hehehe.


kesimpulannya, wanita-wanita yang uzur dalam sepuluh malam yang terakhir ni, jangan bersedih dan jangan berputus asa. Tuhanmu masih lagi menyayangimu dengan memberi keringanan-keringanan ini di bulan penuh barakah ini. don't give up. 
teruskanlah usahamu untuk mengejar lailatul qadar dan beramal bersungguh-sungguh untuk beberapa hari Ramadhan yang masih berbaki ini. stay positive, stay healthy, stay pious.
Kerana dirimu begitu berharga, wahai muslimah.:)

rujukan : iluvislam, fiqih wanita edisi lengkap, karangan syaikh Kamil Muhammad Uwaidah,


source from : http://mynameissyahirah.blogspot.com/2011/08/perempuan-haidh-dan-lailatul-qadar.html

Tuesday, August 7, 2012

Almost There....





Malam ni malam ke -19 sudah kita berterawikh... insya-allah moga usaha kita akan terus berkekalan hingga ke malam terakhir ramadhan...sama2lah rebut Lailatul Qadar-bak kata UKE  'kita takut , kemungkinan kita tak jumpa lagi ramadhan tahun hadapan' so, be more prepared..



wWeeee............ semakin2 hampir jugak birthday for Jannatul Adnin  =)
waktu yang dinanti-nanti, hari yang mulia, hari umat islam meraih kejayaan, dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!! yeeah-yeah....  come on baby pagi syawal, u should be more mature.. hahhahaa....(laugh at diri sendiri)

as i say to my mom petang tadi lepas asar

"Mak... anin tak nak dewasa. Anin tak nak tambah usia....  anin nak jadi budak2 lagi.... i want to be macam dulu2... doing anything I like to do... no one bother... lompat sana-lompat sini... lari keliling rumah..... ~teeehhheeee..... " then, mum ask "kenapa cakap macam tu?" then, i reply " sebab............ (panjang sikit) makin anin meningkat usia... perkara yang sama akan terjadi pada mak & bapak... u also gonna getting older... i don't want that!!!!! i want my mum and dad still like this... tak bertambah usia..... still nampak macam KAKAK & ABANG bagi anin.... hehehehe.... "


but, I know my wish will never come true...... unrealistic....life must go ON... =)


whatever it is... I'm happy cause can spend quality time with you guys..... terima kasih jugak kerana melayan kerenah anin yang banyak songeh, kadang2 tu...   -  mintak suap lah... minta beli gula2 lah.... but, i'm always gonna be ur youngest daughter till the ends.... no more anak angkat ya...  =P



Sunday, August 5, 2012

Datuk Lee Chong Wei vs LinDa-n



Wahai peminat sukan sekalian....
Malam ni harapan negara untuk emas pertama digalas oleh  Lt Commander Datuk Lee Chong Wei akan menentang musuh ketatnya dari China, Lin Dan dalam sukan Olympic London 2012... yeah-yeah..... (kenapalah nak ayat skema sangat...)



why so fanatic sangat anin?? hahha... ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?? dah lama tak main badminton ni.. tak dpt main, tonton pun jadilah...time semi-final byk step yg Chong Wei main anin teringat mcmne Misbun penah ajar anin dulu time 'kem bakat badminton'... part ~unpredictable action~
Ya Allah.... gile lama dah anin tak main badminton.. sure dah berkarat skill.. tambah badan pun dah bertambah berat- pergerakan pun tak selincah dulu kot... haih! (-_-)!  lepas raya nnt boleh la practise balik dgn bapak....  he is my personal coach.. =)

 so, berdebar... hope jgnlah chong wei bagi mata mudah kat Lin Dan ni.. 

what's up!!

Dengar khabar Lee Chong Wei akan dihadiahkan RM4 juta jika memenangi perlawanan malam ini. 
RM2 juta tunai dan RM2 juta dalam bentuk emas. -mewah2x..


let's google-news update :-:

Bernama melaporkan jika Malaysia berjaya menang pingat emas Olympics London 2012, Baskin Robbins akan memberi aiskrim percuma kepada rakyat Malaysia melalui outletnya di seluruh negara (kecuali Hospital Pantai dan Genting Theme Park).

Bila aiskrim percuma akan diberi oleh Baskin Robbins bagi meraikan kemenangan untuk mendapat medal emas Olympics Games London 2012? Ianya pada 8 Ogos 2012 (Rabu) bermula pukul 8 malam hingga 10 malam.

Agak-agak aiskrim kon akan diberi. Mesti ramai yang beratur ni. So rasanya tak beratur kot. Hehehhe.....

Kita tunggu le keputusan perlawanan akhir Lee Chong Wei vs Lin Dan dalam Olympics Games London 2012. Ianya akan berlangsung pada pukul 6 petang, 5 Ogos 2012 (Ahad), waktu Malaysia.


Datuk Lee Chong Wei and Lin Dan picture

let's make it again...

Live Streaming Lee Chong Wei vs Lin Dan Olympic Final 2012
Date : 5 August 2012
Time : Around 8pm
Available Channel : Youtube Official Olympic channel, TV1 (TV1 claimed that they do not have the right to provide live streaming online, so turn on your Television) and Astro Olympic HD Channel 841.
 Ianya akan berlangsung pada pukul 1 petang waktu UK or 8 malam waktu Malaysia. Perbezaan waktu di antara Malaysia dan UK adalah 7 jam, i.e. Malaysia cepat 7 jam.

_________________________________________________________________________________

baru sekarang anin rasa nak update what happen on that night..
kecewa sangat dengan apa yang dah terjadi.. 

dalam twitter @Lee_C_Wei on 5aug 2012
I'm sorry -he state 

#IBelieveInLeeChongWei #PrayForChongWei #GoldforMalaysia 


@Yahoo_MY thank you everyone I'm sorry I could not get gold

I would like to tell Chong Wei that, you do not have to say sorry, as you have tried and done your best. Thank you for giving the world the stirring 79 minutes. You have not only won yourself respect, but also won the country and the people a great honour
The world badminton history and Malaysians will always remember the excitement and touching moments that you brought!- anin almost nk cry that night.. hohohooo.. trust me,but, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"



everyone were really disappointed on what happen- but, not our luck..

the autobiography of our champion #DareToBeAChampion available in UK now!-Datuk Lee ChongWei.

on that night everyone tweeting about #ThankYouLeeChongWei

ESPN commentator : "LCW is such a great guy, but Lin Dan is a  bit arrogant skill win you medals, but attitude wins hearts." #QFT #DLCW




By LIM MUN FAH
Translated by SOONG PHUI JEE
Sin Chew Daily

On the award podium, when Li Dan turned and waved to the audience, our Datuk held his head so low and wiped his tears. I believe that many Malaysians had cried together with him at that moment.

Chong Wei, it was indeed too heavy for you to carry the hopes and expectations of all people across the country. However, you did not let us down. You insisted without complaint even though you were still suffering from your knee injury. In the finals, which was described as a century duel, you brought Malaysia to the eyes of the world while showing our children the true meaning of never give up, fight till the end, and feeling proud even in defeat. You also showed us a dream and justice, as well as the spirit of Olympics!

source : http://www.mysinchew.com/node/76298




atas semangat yang ditunjukkan oleh Datuk Lee Chong Wei..
we support you not because of the free ice cream/nasi kandar/furniture..


PETALING JAYA: It was not just a free meal enjoyed by the thousands who flocked to Original Penang Kayu Nasi Kandar but a way to celebrate national shuttler Datuk Lee Chong Wei's brilliant performance at the London 2012 Olympics.
The delicious dinner set, promised by owner Burhan Mohamed, was a smash hit with people queuing up around the block for the steaming nasi briyani, ayam rendang, egg and an orange cordial drink.
Burhan said he had prepared dinner for 5,000 people.
“I think Chong Wei really did his best and he is still our hero,” he said, adding that all his outlets were packed as customers watched the match on Sunday night.

Worth the wait: People waiting patiently to have dinner at the Original Penang Kayu Nasi Kandar outlet in SS2, Petaling Jaya.
iftar ramadhan- dpat pahala sekali tu.. 
barisan diberi keutamaan kepada umat islam yang berpuasa..=)

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/8/7/nation/11810709&sec=nation


KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei may have lost the Olympic men’s badminton final, but the Malaysian public’s dream of scoring free ice-cream is still alive.
Baskin Robbins has clarified that its “free ice-cream for all Malaysians” pledge was not only limited to whether Chong Wei grabs the gold medal in badminton.

A  Baskin Robbins’ spokesman said people had assumed that the freebie was being offered only if the national shuttler bagged the gold medal.

“The message sent out was that, if any Malaysian athlete were to return from the Olympics with a gold medal, then we (Baskin Robbins) will be giving out Baskin Robbins ice-cream to Malaysians nationwide,” said a company representative.

“The ice-cream will be distributed on August 8. Lee Chong Wei may not have brought back Malaysia’s first-ever Olympics gold medal but we still have high hopes for the remaining Malaysian athletes and this is just one way of showing our support,” she said.


http://www.malaysiandigest.com/news/81382-baskin-robbins-free-ice-cream-deal-still-on-despite-chong-weis-loss.html?q=news%2F81382-baskin-robbins-free-ice-cream-deal-still-on-despite-chong-weis-loss.html