Thursday, August 2, 2012

ada apa dengan namamu??


Ya Allah... layakkah aku? sesuaikah aku dengan nama ini? nama umpama doa- jadi.... panggillah seseorang itu dengan panggilan yang baik2 ya...


-They say , nama seseorang memberi peranan membentuk akhlak di masa hadapan.
Contohnya Danish, berpengetahuan dan bijak.Tetapi akhlak mulia wajib dibentuk sejak kecil. Dalam Islam, lelaki wajib mempunyai nama yang di hadapannya Muhammad atau Ahmad jika pemberi nama tidak meletakkan nama Muhammad atau Ahmad pemberi itu akan berdosa atau entahlah saya pun dah lupa (nak tahu lebih lanjut tanya  Ustaz Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz).
- Pemberi nama tidak boleh memberi nama sesuka hati contohnya Boboi ,Nama itu tiada maksud dan di padang Mahsyar,akan dipanggil nama itu untuk menimbang amalan-amalan  semasa di dunia.Nama Boboi akan dipanggil di padang Mahsyar dan dia akan berasa malu serta marah dan dia akan cari pemberi nama itu.
- Jadi janganlah kita memanggil seseorang itu dengan nama singkatan yang lari dari maksud namanya tidak kiralah keluarga atau pun kawan dan janganlah kita mengejek rakan kita dengan panggilan panggilan yang menyakitkan hatinya.
- Akhir Sekali,saya mahu mengingatkan para pembaca,panggillah seseorang itu dengan nama penuhnya seperti Abdul Aziz,jangan kita panggilnya Aziz kerana Aziz adalah salah satu nama-nama ALLAH yang bermaksud  Yang Maha Perkasa. Abdul bermaksud Hamba=Hamba ALLAH.Setakat ini yang dapat saya kongsikan pada para pembaca mohon maaf jika terkasar bahasa….  




a) Disunatkan memberi nama-nama yang elok dan baik kerana Nabi s.a.w. bersabda;
إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ
“Sesungguhnya kamu sekelian akan diseur/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
b) Nama yang paling baik/paling elok ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.;
إنَّ أحَبَّ أسْمائكُمْ إلى اللّه عَزَّ وَجَلَّ عَبْدُ اللّه، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ
“Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman”. (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)
c) Harus memberi nama sempena nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya.
Sabda Rasulullah s.a.w.;
تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ
“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah”. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)
Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan; “Seorang lelaki dari kalangan kami baru memperolehi anak dan ia memberi nama anak itu ‘Muhammad’. Lalu kaumnya berkata kepadanya; ‘Kami tidak akan membiarkan kamu memberi nama dengan nama Rasulullah s.a.w.’. Maka lelaki ini pun pergi menemui Nabi s.a.w. dengan membawa anaknya di atas belakangnya. Ia bertanya Nabi; “Ya Rasulullah, dilahirkan untukku anak dan aku menamakannya ‘Muhammad’, lalu kaumku berkata kepadaku; ‘Kami tidak akan membiar kamu menamakan dengan nama Rasulullah s.a.w.”. Lantas Nabi menjawab;
تَسَمَّوْا بِاسْمِي، وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي، فَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ، أَقْسِمُ بَيْنَكُمْ
“Berilah nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (yakni Abul-Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembahagi) yang membahagi di antara kamu”. (Riwayat Imam Muslim)
Sebagaimana sedia dimaklumi bahawa, Nabi s.a.w. telah menamakan salah seorang anaknya dengan nama Ibrahim.
d) Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin”.
e) Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, ‘Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.
Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Nabi s.a.w.;
لاَ تُسَمِّيَنَّ غُلاَمَكَ يَسَاراً، وَلاَ رَبَاحاً، وَلاَ نَجِيحاً، وَلاَ أَفْلَحَ، فَإِنَّكَ تَقُولُ: أَثَمَّ هُوَ؟ فَلاَ يَكُونُ، فَيَقُولُ: لاَ”. إِنَّمَا هُنَّ أَرْبَعٌ، فَلاَ تَزِيدُنَّ عَلَيَّ.
“Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; Apakah ada di sana (Yasar, Rabah dan sebagainya itu)? Lalu ia menjawab; ‘Tidak ada’. Sesungguhnya nama-nama itu hanya empat. Maka jangan kamu menambah ke atas apa yang aku sebutkan itu”. (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)
Menurut Imam Nawawi, faktor dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) ialah; buruk/jeliknya jawapan dan juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian orang ke dalam suatu bentuk perbuatan menengok untung/nasib”. (Contohnya; apabila ditanya; ‘Adakah di sana ada Rabah (yang bermaksud; untung)?’, lalu dijawab; ‘Ada’. Apabila orang yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung).
f) Diharamkan memberi nama dengan nama “Malikul-Amlak” yang bermaksud; ‘Raja bagi segala raja’.
Sabda Rasulullah s.a.w.;
إنَّ أخْنَعَ اسْمٍ عِنْدَ اللَّهِ تَعالى رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأمْلاكِ
“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak”. (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda;
أَغْيَظُ رَجُلٍ عَلَى اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَخْبَثُهُ، رَجُلٌ كَانَ يُسَمَّى مَلِكَ الأَمْلاَكِ، لاَ مَلِكَ إِلاَّ اللَّهُ
“Lelaki yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja melainkan Allah”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Berkata Imam Nawawi; berkata para ulama’; memberi nama dengan nama ini (yakni Malikul-Amlak) adalah haram.
g) Hendaklah dijauhi dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-‘Uzza (Hamba Tuhan ‘Uzza) dan sebagainya. Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama’.
h) Begitu juga, hendaklah dijauhi dari memberi nama dengan nama-nama yang menggambarkan hilang/leburnya jati-diri (sebagai seorang muslim), meniru-niru (nama orang bukan Islam) dan nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama Huyam (gila berahi), Susan dan sebagainya.
i) Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik kerana Nabi s.a.w. telah melakukannya kepada para sahabat baginda.
Ibnu Umar r.a. menceritakan;
أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ. وَقَالَ: “أَنْتِ جَمِيلَةُ”.
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menukar nama (seorang perempuan bernama) ‘Ashiyah (yang bermaksud; perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); ‘Kamu adalah Jamilah (bermaksud; yang indah)’”. (Riwayat Imam Muslim)

Said bin al-Musayyab menceritakan bahawa bapanya -yang bernama Hazn (bermaksud; susah/sedih)- telah datang kepada Nabi s.a.w., lalu baginda bertanya kepadanya; ‘Apa nama kamu?’. Jawab bapaku; ‘Hazn’. Lalu Rasulullah berkata; ‘Kamu adalah Sahl (yakni Nabi menukar namanya kepada Sahl yang bermaksud; mudah). Namun bapaku berkata; ‘Aku tidak akan menukar nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku’. Said berkata; ‘(Dengan kedegilannya itu) maka berterusanlah huzunah (yakni kepayahan/kesedihan) membelenggu keluarga kami selepasnya’”. (Riwayat Imam Bukhari dari Said bin al-Musayyab dari bapanya)


thanks mum and dad -sebab menamakan anin dengan nama yang baik2... hehhehe...
nak sangat Huruf J kn bapak?? anak lelaki pun nak letak nama starting letter  'J' ..
nasib baik isteri sorang ustaz time mak bersalin kat hospital haritu cadangkan nama -Jannatul... haih... ok! that's it!!! stop story telling Jannatul Adnin.. stop it! 
 ~esok nak sahur..... 
nak masuk 14 ramadhan 

counting  days for my BIRTHDAY>>> 1/10/1433

hehehehe.... =)

4 comments:

Qaseh Dania said...

nice info akak...=)
untk anak2 nnti, kena tengok maksud nama-nama dulu lah before bagi kan..=)

Khairul said...

You said:

"Dalam Islam, lelaki wajib mempunyai nama yang di hadapannya Muhammad atau Ahmad jika pemberi nama tidak meletakkan nama Muhammad atau Ahmad pemberi itu akan berdosa atau entahlah saya pun dah lupa (nak tahu lebih lanjut tanya Ustaz Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz)."

Tapi kat nama Ustaz tu tak ada Muhammad or Ahmad pun? U sure ke you dengan betul?

jannatul said...

hohoho... yup, kena bagi nama yang sesuai dan mempunyai maksud yang elok... bukan sekadar sedap dipanggil je... hohoho =P

jannatul said...

Ustaz Abu hassan Din Al-Hafiz adalah sorang penceramah agama yang lebih ariff tentang hal ini.. sila rujuk kepada beliau untuk lebih yakin tentang hal ini.. salah satu episod dalam rancangan tv 'Tanyalah Ustaz' beliau ada membincangkan topik:tentang nama. Pada siaran kali itu,ustaz Abu HAssan Din al- Hafiz sentuh pasal nama anak.. that's all..

biar pun ustaz tak punya nama Muhammad/Ahmad/mohamed etc.. di pangkal nama beliau.. itu bukan persoalannya... should ask his parents la... my only brother also don't have muhammad/ahmad on his name..

dari blog saya baca ni: http://ustazlove.com/blog/2011/05/soal-jawab-menamakan-anak-dengan-nama-allah/#ixzz22qHxkGq2

he said - sebaik2nya letaklah nama Muhammad.. tapi kalau takde pun, tak menjadi masalah.. yg penting, nama itu memberi maksud yg baik =)

Post a Comment