Saturday, September 15, 2012

kursus pengurusan jenazah

jumaat, 14 sept 2012
bertempat di surau Jam'iyah, Perak
anjuran SELAWA-sekolah latihan wanita, ipoh , perak..


kursus dikendalikan oleh seorang ustazah dari bahagian dakwah, pejabat agama islam ipoh, perak..
ustazah habibah namanya.. beliau mempunyai pengalaman yang luas ni dalam mengendalikan jenazah, macam2 beliau cerita pada kami.. dari kes beliau menangkap mak nyah hingga beliau mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah ini..



yang memegang phone tali kuning ni my sister- kak nani.. dialah yang ajak ikut serta majlis ilmu ni... =)
thanks sis.. me and mum sangat menghargainya... this is my first time nak belajar urus jenazah ..
my sister ni single lagi tau.. hhehee.. 




Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu. 

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada generasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.. kasihanlah mereka.. kita saja yang seharusnya bertanggungjawab menjaga aib mereka..samalah juga jika kita yang meninggal nanti.. takkanlah kita sanggup orang lain yang tidak kita kenali memandikan,mengkafankan kita, sedangkan kita punya saudara dan keluarga perempuan lain... biarpun mayat tak mampu berkata2.. tapi,itulah cara kita menghargai dan menghormati mereka untuk kali terakhir sebelum mereka hilang dari pandangan kita..

sesi dimulakan dengan adab menziarahi orang sakit dll... hehehhe.. anin rasa tak perlulah nak direfreshkan.. sebab anin yakin ramai yang sudah belajar tentang hal ini.. disekolah agama rakyat  mahupun sekolah biasa.. =P ehhehhehe... (goggle sendirilah ya....-kalau dah lupa)



Melawat orang yang sakit dan hikmahnya
Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :

  1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah. 
  2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah. 
  3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak. 

Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah kepada kita dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud 'Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudiann daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'.


Doa mendoakan orang sakit:-
Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.
“Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.


Umat Islam amat menghargai kita melawat orang sakit terutama jika saudara-mara kita yang sakit begitu juga kalau jiran-jiran kita, walaupun jiran kita bukan dari golongan orang Islam.

Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak?
  1. Perlu berada di sisinya. 
  2. Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syuhadah iaitu : 


di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut. Manakala rakan-rakan yang lain membaca Al-Quran atau Yasin.
Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan qiam tangannya.

Apabila sah matinya

Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan :


Hendaklah kita ucapkan :





  1. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.(ustazah kata-kalau lambat tukar pakaian jenazah-menunggu orang 'lain yang" nak uruskan jenazah.. mereka terpaksa gunting jelah baju si mati-sebab mayatnya dah keras.. so, as we yang ada dalam rumah.. tukarkanlah siap2.. semasa badanya masih lembut..... tips of the day =) lagi satu... jagalah aurat si mati.. terutama wanita- pakaikanlah tudung untuk dia walaupun semasa hayatnya dia tak memakai tudung.. sebab kita yang berdosa jika aurat si mati yang kita lihat..dia tak berdosa sebab dah meninggal...- PLEASE take NOTE muslimah!!! )
  2. Rapatkan kedua belah matanya.
  3. Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
  4. Rapatkan mulutnya.
  5. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
  6. Luruskan kakinya.
  7. Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
  8. Letakkan di tempat yang tinggi.
  9. Hadapkan ke Qiblat.

Mengurus Jenazah
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.

Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :


  1. Memandikannya.
  2. Mengkafankan jenazah.
  3. Solat ke atas jenazah.
  4. Mengebumikannya.

 Orang yang berhak menguruskan Jenazah 
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.

Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

Perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh Warisnya 

  1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.
  2. Urusan di Balai Polis bagi melaporkan kematian.    Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.
  3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
  4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
  5. Urusan menggali kubur.
  6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
  7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
  8. Ucapan takziah.

Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan Jenazah 

  1. Sifat berani.
  2. Sabar.
  3. Amanah.
  4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.


Persediaan dan keperluan untuk memandikan Jenazah

  1. Sediakan tempat mandi.
  2. Sabun mandi.
  3. Air daun bidara.
  4. Air bersih.
  5. Sugi - 7 batang.
  6. Sarung tangan - 3 atau 5.
  7. Sedikit kapas.
  8. Air kapur barus.
  9. Baldi serta gayong.
Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :
  1. Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa
  2. Gunting
  3. Kapas
  4. Cendana (nak elak serangga- tak ada pun tak apa..-warna kekuningan)
  5. Kapur barus
  6. Air mawar
  7. Minyak wangi (Minyak Attar)
  8. Tikar jerami
  9. Bantal (dari daun pandan)
  10. Tempat mandi yang khas.

 Cara memandikan Jenazah

  1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.
  2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
  3. Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.
  4. Sediakan air sabun.
  5. Sediakan air kapur barus.
  6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
  7. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
  8. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya.
  9. Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.
  10. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
  11. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
  12. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :

Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :

"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"


Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :

"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"


13.  Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
14.  Siram sebelah kanan 3 kali.
15.  Siram sebelah kiri 3 kali.
16.  Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
17.  Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
18.  Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
19.  Lepas itu siram dengan air kapur barus.
20.  Lepas itu wudukkan mayat.



Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"




"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"


Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.


21.  Siram dengan air sembilan.
22.  Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
23.  Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.
24.  Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.
25.  Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll). tip: itu sebabnya kita atau mereka yang sudah sakit lama dianjurkan menjaga kebersihan diri-supaya nanti mudahlah mereka yang hendak uruskan kita-mandilah sebelum anda dimandikan.. =P
26.  Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.
 ~alhamdulillah... berdoalah pada Allah agar suatu hari nanti orang lain mudah menguruskan jenazah kita .. tak baik susahkan orang lain... ~wallahualam.. biarlah Allah uji kita atas kesalahan kita sendiri.. =X


Cara-cara mengkafankan jenazah
  1. Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.
  2. Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut. 
  3. Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain :                                                                                                               1. Kemaluan
    2. Wajah (muka)
    3. Kedua buah dada
    4. Kedua Telinga
    5. Kedua siku tangannya
    6. Kedua tumitnya
  4. Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.
  5. Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas. 
  6. Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan.
Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya.

Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

tips: baca buku "indahnya HIDUP bersyariat" by Dato' Ismail Kamus &Mohd. Azrul Azren ab. Hamid- terbitan telaga biru Sdn. Bhd.


buku ni lengkap informasi berserta gambar yang sesuai untuk semua terutama yang baru masuk islam - bolehlah hadiahkan kepada si dia jugak ya... hehehhe.. =D

look at here....   
belilah.. tak rugi kalau mengeluarkan duit ke jalan Allah- untuk kebaikan diri dan keluarga jugak... betul tak? (angguk cepat!!) heheehhe..... 

collection of picture during this session with ustazah habibah...

tali tanda
cara menyediakan baju-tak berjahit- ikat tepi je...





takde lagi dah baju berfesyen2... baju ni kalau tak boleh nak ikat.. selitkan je di sisi mayat.. sebab nanti nak bungkus dan mayat ni pun tak bergerak dah.. not to worry..










siapkan semua -nanti mayat dah selesai mandi-tak perlu nak betul-betulkan lagi...
lapisan bawah- 3 helai
kain untuk buat kain- sehelai cukup
telekung @ tudung- letak antara bantal
lapisan atas tudung- letak baju kurung kedah tu.. yang mana dah terbuka siap2.. nanti singkapkan je.. =P
yang bawah jadi lapisan luar, dan lapisan yang atas sudah menjadi lapisan dalam mayat...=D imagine kanlah sendiri ya..  itu sebab PRAKTIKAL itu penting... 

jom play with barbie doll -alamak kepala barbie doll dah tercabut pulak... =P



mayat dimandikan dengan tunjuk ajar dari pengurusan jenazah-just bagi tau je apa yang perlu dilakukan oleh waris... wakil 4 orang sudah memadai.. bersihkan kotoran yang dapat dilihat sahaja- yang zahir oleh mata kasar.. tak perlulah nak berkasar dengan si mati.. 
becareful!!- jangan guna kain putih - nanti bila basah-u know what i mean kan.. jarang je nanti.. 
gunalah kain tuala-kain batik.. si mati tak berdosa kalau aurat dia terbuka-kita hidup yang berdosa..

cara pemakaian tudung .. seeloknya semasa mengkafankan jenazah janganlah dibuat di khalayak ramai-dalam bilik si mati pun sudah memadai..-untuk menjaga aurat si mati jugak... itulah nasihat dari ustazah.






ikatkan disisi badan mayat untuk semua tali.. agar senanglah nanti orang yang meletakkan 'kita'  didalam kubur nanti nak buka ikatan kain kafan tu..-ustazah kata utk proses pereputan berlaku lebih cepat.. membuka ikatan kain kafan ini hanyalah sunat..


untuk solat jenazah... nanti kita bincangkan ya.. tak abis belajar lagi ni... kesuntukkan masa time tu.. kursus jenazah they say suppose be 3 day- ini satu hari banyak isu pulak tu yang nak ditanyakan.. so, means kena belajar sendirilah pasal solat jenazah ni.. tak susah pun..

Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat.

Adapun rukunnya ada empat
:i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan- lelaki-wanita
ii. Berdiri bagi yang berkuasa.
iii. Bertakbir empat kali.
iv. Salam


lebih panduan silalah ke link ni ya... ---> http://www.musleh.edu.my/v2/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=38&Itemid=226   (PDF version )




thank for reading- anin tak pernah sekali pun seumur hidup menguruskan jenazah.. tanam bangkai kucing penah la.. =P

No comments:

Post a Comment