Sunday, September 9, 2012

merdeka RAYA 2012



toleh kanan.. toleh kiri... toleh depan.. tapi, bukan belakang..

assalamualaikum................... =)

salam kemerdekaan.....

salam hari malaysia... tahun ni masuk 55 tahun kita mengecapi kemerdekaan.. apa pengorbanan yang kita lakukan untuk malaysia??

waktu sambutan kemerdekaan yang lalu.. macam2 kes yang keluar di facebook,twitter,website, berita...

kes yang tak sepatutnya terjadi bila kita dah merdeka.. apa erti kemerdekaan sebenar pada anda??

orang dulu/ pahlawan dulu berjuang untuk memerdekakan tanahair kita.. sanggup pergolok-gadai untuk capai apa yang sudah kita rasai sekarang ini....

selepas 55 tahun merdeka, lain pula cerita kita... bukan kemerdekaan yang dicari..  ada pulak isu lain yang diwujudkan... peliklah!!! pertahankanlah kemerdekaan ini....






ISU bendera Malaysia, lagu negaraku - dituduhnya menciptak dari negara lain..




tahukah kita akan sejarah lagu negaraku dan bendera malaysia 'jalur gemilang'??





ASAL USUL LAGU NEGARA KU

panjang sangat ceritanya... baca dari link jelah ek.. ehhehehe.... =)

petikan artikel dari :  http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/malaysiaku/kenali-malaysia/lagu-negaraku



Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Satu pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat akhir. Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.



Bendera Persekutuan Tanah Melayu Semasa Dikibarkan di Bangunan United Nation

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka bentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pad 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga. Reka bentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.

Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:


"That in the opinion of this Council, the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-

Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."


Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai King George VI.





semasa anin mencari isu2 pelik ni... terbacalah beberapa artikel yang anin tak sure kesahihannya... politik-politik... sampai melayu hilang jati dirinya... semasa melayu pun nak berpecah-belah... jgnlah sampai begitu.. siapapun kita... jgnlah sampai kita menghina bangsa sendiri.. bangsa lain kalau tengok kita begini.. sure diaorg tengok dan gelakkan je... MELAYU-MELAYU.....

yang muda hormati yang tua.. yang tua sayangi yang muda... harmonikanlah Malaysia dengan budaya beradap dan sopan-santun.. jangan sampai kerana terikut2 dengan hasutan dari luar... kita sanggup bermusuhan sesama islam.. sesama bangsa....

anin tak tahu nak percaya sapa dah... tuduh-menuduh tak membawa kepada penyelesaian... jadi hormatilah orang lain.. dan berjuanglah secara aman..

No comments:

Post a Comment