Friday, October 19, 2012

Gadget

For your information... what i found on internet... hahaha.. semalam ada CME kat performing art theatre about HPV-so... as we duduk row paling depan atas sekali...  semua yang duduk dibawah kelihatan jelaslah.. ada yang tido,main phone,messaging.. dalam pada tu nmpklah beberapa orang student yang pegang I-pad,galaxy Tab etc.. 

Anin rasa ramai yang mempunyai tablet menggunakannya untuk melayari internet. Ada juga yang menjadikan tablet sebagai telefon pintar bagi tablet yang menyokong rangkaian 3G. Namun jika dibandingkan dengan Netbook mana yang hebat? Dari segi perkakas jauh Netbook lebih hebat.. yer ke??

so, anin found this article..

Antara perkara yang menyebabkan anda menyesal membeli tablet.

1) Kapasti penyimpanan yang terhad.
Ada tablet yang hanya mempunyai memori dalaman sahaja dengan kapasiti 16GB/32GB. Ia tidak boleh ditingkatkan. Ada juga tablet yang didatangkan khas dengan memori kad, tapi hanya menyokong hingga 64GB.

2) RAM yang terhad
Walaupun sistem operasi yang berasaskan Linux mengunakan RAM yang rendah, namun jika hanya mempunyai RAM 1GB memang tidak cukup. Bayangkan jika anda membuka banyak aplikasi dalam masa yang sama. Susah tentu tablet anda akan jadi pelahan.RAM juga tidak boleh dipertingkatkan.

3) Kelajuan pemprosesan.
Jika Netbook yang mengunakan Intel Atom mempunyai kelajuan pemprosesan 1.6Ghz, tapi tidak bagi Tablet. Paling laju pun 1.5Ghz.

4) Perisian Office
Di dalam Tablet yang berasaskan Android, tiada Office yang setanding Microsoft Office ataupun Open Office. Office yang disediakan hanyalah peralatan yang asas sahaja.

5) Papan kekunci.
Semasa anda membeli tablet, ia tidak didatangkan dengan papan kekunci. Anda perlu membelinya secara berasingan.

6) Harga
Biasanya tablet berharga RM1600 hingga 1900. Bayangkan jika anda membeli tablet dengan harga RM1900, secara automatik anda akan terfikir jika andabeli netbook, anda akan dapat dua netbook.

7) Sistem Operasi
Seperti yang kita tahuu, jarang ada tablet yang boleh menyokong lebih dari 1 sistem operasi. Jika netbook, anda boleh memasang windows dan Linux (OpenSUSE, Android, Ubuntu, Linux Mint)

8) Port yang terhad
Biasanya jarang tablet yang mempunyai port USB seperti pada komputer. Jadi macam mana anda nak pindahkan fail ke pendrive atau nak print dokumen?

9) Bateri
Memang bateri tablet tahan. Tapi bagaimana jika rosak? Bateri tablet tidak boleh dicabut-cabut seperti laptop. Jika rosak, terpaksa claim waranti sebab tak ada jual kedai biasa.



hurm... that make me think again... my netbook also need to find battery... ~uwaaa.................. (anak kecik mencari ibunya...)

that's it until we meet again next time..

UPDATE student log book warna BIRU... 

No comments:

Post a Comment