Monday, August 3, 2015

ujian utk adnin

Ya Allah... benarlah manusia itu lemah..
 biar bergelen airmata mengalir.. biar meraung... menjerit... jika itu takdir dan ketetapannya.. terjadi juga ia..

Ya Allah.. apakah kesudahan hidup insan bernama Jannatul Adnin Bt Jinan Taib ini?? apakah dia akan teruskan hidup atau meninggaldunia apa usia 24 tahun ini?? masya-allah... istighfar anin.. istighfar.... kenapa harus aku fikir tentang kemalangan.. berlari kearah kenderaan yang sedang bergerak laju.. kerana kau tak sanggup berdepan dengan ujian?? fikirkan kembali anin... kemalangan belum tentu kau akan mati terus.. mungkin kau akan cacat anggota lebih parah kau lumpur seluruh anggota... waktu ini kau menangis tanpa suara... kau menjerit.. kau meronta tak siapa yang mendengar... anggota kau LUMPUH... hanya terduduk di atas kerusi roda... hendak bergerak kemana pun perlukan bantuan orang lain... ALLAH saja yang mendengar jeritan hatimu... kalau takdir kau baik... seksa yang kau rasa di dunia ini akan tamat.. alam barzah pula yang akan kau rasai.. waktu ini... kau akan tinggal dalam bilik yang sempit.. dosa kau di dunia akan di perlihatkan satu persatu.. hanya amalan ibadah akan membantu kamu... jika bernasib baik.. ayat-ayat al-quran yang kau baca itu akan menemani kamu.. jika tidak semut,kerengga dan serangga kecil lain akan menemani kamu... ikhlaskan diri anin.. kau punya masa untuk berubah.. kau masih bernafas.. kau masih punya waktu untuk bertaubat.. 

 perihal kecil itu kau tangisi... kestressan... kesusahan.. ke payahan... kegelisahan.. ke sempitan hidup yang sementara ini yang kau tangisi.. sia-sia saja Allah mencipta kamu sebagai khalifah.. sia-sia saja Allah cipta kamu dari rahim ibu mu bernama Noraini bt ahmad.. sia-sia saja Allah takdirkan kamu dalam keluarga yang selama ini kamu bersyukur kerana dilahirkan di kalangan mereka.. apa kau tak bersyukur??? apa kau tak berterima kasih pada mereka yang selama ini membesarkan memberi sokongan... membantu segala perkara yang kau tak tahu...

dikandungkan kamu sembilan bulan.. di lahirkan kamu dengan penuh penyiksaan..diberikan kamu keselesaan untuk membesar di sebuah rumah.. disekolahkan kamu di tempat yang terbaik.. sama seperti anak-anak lain.. amanah Allah ini tidak mereka lupai.. apa saja kamu mahu mereka turuti... apa saja kamu ingin rasai mereka tunaikan... hajatkanlah apa saja.. selagi ia masuk akal dan tak memudaratkan kamu atau menyusahkan kamu mereka laksanakan..... sesunggunya setiap ciptaan Allah itu tidak diciptanya sia-sia.. 

ada hikmah utk kamu rasa SEDIH.. ada hikmah utk kamu utk rasa SUSAH... agar kau tahu erti sebuah pengorbanan.... aku selalu menyatakan pada orang lain.. tentang hikmah Allah menguji kita.. tapi, bila aku berdepan sendiri dengan permasalahan ini aku tersungkur.. aku tak tahu kemana harus aku salurkan rasa ini... TERTEKAN dengan diri sendiri.. tertekan dengan persekitaran... Alhamdulillah... kau masih lagi sihat.. mampu berfikir,mampu bernafas, mampu berjalan, mampu un

tuk lakukan perkerjaan.. layak jika aku katakan kau seharusnya berhenti menangis SEKARANG...aku menatap ayat ayat cinta dariNya.terkesima rasanya diri ini.alpanya aku ya Allah.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.[Al-Ankabut: 2-3]


bila aku terfikir perkara-perkara yang tidak baik... aku mula teringat tentang ayat ini...

anin sedarlah dari bisikan syaitan itu...“Tidak Allah Ciptakan Sesuatu itu Hanya Sia-Sia”

No comments:

Post a Comment