Saturday, May 12, 2012

Dear Lovely saturday

Friday, 11 may 2012.

Di suatu petang yang damai...."wanies... ni buah apa ya??"ujur ku bila melalui sepohon pokok yang rendang berbuah.. "ni buah cermai kak jan.. kak jan tak pernah tengok ke??""tak pernah... macam pokok belimbing ek?? macam mana rasanya ya??" "rasa masam-masam kak jan... rasalah..." aku masih ragu-ragu.. tapi, bila wanies cerita kat kampung dia banyak pokok ni.. aku jadi yakin... (aku harus cuba bisik hatiku).. dari daunnya seakan ku pernah jumpa.. sementara menunggu mereka siap apasalahnya rasa buah ni.... "uihhh... masam gaklah wanies....""kan.. kalo buat jeruk atau ais krim sesuailah..... " rasa masam-masam pahit... "" tak pahitlah wanies... masam je... hehehehe" berderai kami ketawa... aku masih lagi rasa buah tu.. berkerut dahiku menahan masamnya buah ni....


ihsan dari internet... gambar dlm phone lagi...
hehehe...



Hampir lima minit kami berdiri sambil berbual di bawah pohon itu, bercerita tentang pengalaman masing-masing semasa menjalani latihan disini.. hari pertama masuk sini, aku sudah diberi tempat tugasan di wad 5- wad tibi (Tuberculosis)... mendengar aku bakal di hantar di sana. rasa agak risau juga.. semasa lapor diri 2 April 2012 , kami berlima berjumpa dengan Datuk Aziah.. aku, Atie dan shah satu kereta, azizu dan kasturi datang kemudiannya selepas sebuah klinik di petaling jaya menolak permohonan latihan industri mereka..

perbualan kami terhenti apabila aku "wanies..... macam nak hujan je....mendung ni.. jomlah kita masuk kereta dulu" kami pun berjalan menuju ke kereta...  pagi tadi aku sudah bertanya pada wanies...."wanies... kenapa bila kita dengar cerita orang lain pasal seseorang yang kita kenal tu..  kita jadi cemburu.. patut ke kita rasa cemburu?? sedangkan orang tu tiada kaitan atau ikatan pun dengan kita??" " kak jann... wanies penah rasa macam tu dulu.... biasalah... maknanya kita suka orang tu...." " tapi, suka... sayang.... kasihan... cinta... tu perasaan yang berbeza.....susahlah kalo tiap kali kita dengar cerita orang mengenai dia kita sakit hati..."

perbualan kami terhenti di situ... aku hidupkan enjin & memasang radio kereta.. baru berapa bulan je kereta ini sudah ku bawa ke sana ke mari... kasihan kamu wahai kereta... aku terima kau saat aku perit meninggalkan dia.. masih tak dapat menerima kehadiranmu.. insya-allah... kalau ada jodoh akan ku sayangi kamu seperti mana aku sayang pada kekasihku yang dulu.... =P


 ish3....... kesian dia...








✿..TANPA SEDAR, banyak waktunya kita MENZALIMI HATI SENDIRI..kita sering MENGAJAR ia tentang cinta, MENDIDIK ia untuk bercinta, tapi LUPA menerangkan PERIHAL PENCIPTA yang mengalirkan cinta..hati yang tidak mengenal Pencipta, mana mungkin mampu MEMAHAMI HAKIKAT CINTA..kesudahannya, ia SAKIT SENDIRI menakung CINTA PALSU DUNIAWI..✿~

>>> KENALKAN hati dengan CINTA PENCIPTA sebelum penuhkan ia dengan CINTA MANUSIA..♥♥









p/s: Khas untukmu....
kekasih, sedang kau menaiki lebuhraya... pasti kau akan singgah di mana-mana persinggahan.. terlalu banyak pilihan yang baik disana... untuk itu,aku biarkan kau pilih... carilah dia yang kau rasa tenang,selamat,melengkapi dirimu.....  tapi, aku akan tetap menunggu.. bukanlah ku mahu jadi yang pertama diantaranya... biarlah aku menjadi destinasi terakhir untuk kau tuju...... ~insya-Allah..

No comments:

Post a Comment