Thursday, June 17, 2010

new HoUSE and new sem at new MSU

inginku katakan macam-macam.. kat sinilah tempatnya aku ingin luahakn ketidak puashatian,penyesalan, kegembiraan dan pesanan. mungkin ini first time aku cuba untuk duduk di depan laptop dan menceritakan perjalan harianku.. ada lar sedikit rahsia harus aku rahsiakan, walaupun bersama orang yang aku sayang.. kenapa sejak kebelakangan ini aku selalu dengar orang bertunang dan kahwin?? bukak je facebook tengok gambar orang bertunang lar.. kahwin lar.. ada musim orang sebaya denganku hampir semuanya sudah bercouple dan bertunang..
sebelum ini, aku pakai inai di jari se10-10 jari takde sape yang tegur.. rasa malu gak kalo orang tanya.. semalam 16 jun 2010, kalashini orang pertama yang membangitkan isu inai.. malunyer..  gatal nak kahwin k?? apa yang aku buat hanya senyum dan bercerita bagai mana kami bertiga fatihah & fina teringin nak merahkan jari tangan dan kaki.. akibat merah yang ada ditangan aku balut jelah semua jari warna merah.. mak tengok jer semacam jariku merah.. kak nani tlg touch upkan inai yang tak sempurna hancurnya dan tebalnya.. aku  tambah sedikit asam jawa dalam (dengar petua pakai asam jawa boleh buat) inai merah menyala... cuba lar.. memang betul.. experimen berjaya.. hohoho..
Mak anin selalu melukakan hati mak.. mulut anin ni tak reti nak jaga, selalu aja mengikut naluri memberontak.. tapi anin puji mak kerana sudi menjaga anin semasa sihat mahupun sakit.. tapi, mak kena lah jaga jugak kesihatan mak.. jangan makan roti canai hari-hari tak elok lar.. roti canai berminyak dan banyak kolesterol.. tambah lagi mak minum kopi.. anin memang tak boleh minum kopi sebab kopi, nescafe membuatkan anin pening kepala.. bukan anin nak memilih tapi anin memang tak boleh terima air tu... milo adalah no.1 bagi anin.. mak, anin pakai inai sebab anin rasa anin tak dapat hidup lama.. selagi anin bernyawa anin teringin gak nak pakai inai , di hati anin tiada sesiapa pun yang istimewa selain mak & bapak.. keluarga bagi anin segalanya.. macam doktor thaaer kata we not a robot, we have feeling and instinct.. imagine.. a story about a doctor that work in hospital sending by her parent early in the morning , in the evening she receive her parent dead body... kalo terjadi pada sesiapa pun di dunia ini pasti kan sedih & menangis teresak-esak.. 
adakah patut aku hidup jika mereka yang disayang tiada di dunia ini lagi? ya allah.. aku teringat cerita mak mengenai keluarga bapak.. dulu atok (yang tak pernah aku jumpa) kerja jadi penterjemah bahasa di sebuah firma guaman dan opah suri rumah. kata mereka dulu opah and atok orang kaya disitu.. adik-beradik bapak ada 6 orang tapi seorang atas bapak meninggal dunia semasa umur 6 tahun.. jadi hanya 5 orang sahaja yang hidup membesar dan mempunyai kerjaya. cerita atok meninggal sedih juga sebab atok takde sakit teruk.. dia sakit lepas kejadian abg haris(cucu atok anak mak yong) kena langgar kereta.. ayah kepada budak tu (haji arshad) datang ke rumah atok dan marah kerana atok tak reti jaga cucu menyebabkan dia patah kaki.. budak umur 8 tahun main kat tepi jalan.. kesian atok tak abis-abis salahkan diri sendiri sebab manjadi penyebab budak tu kena langgar.. kalo anin ada zaman tu.. sure, anin akan marah balik bapak budak lelaki (menantu hantu) atok tu...  kerana tertekan atok hilang selera dan meninggaldunia.. tak sampai sebulan selepas tu opah pulak meninggaldunia.. macam berjanji pulak opah&atok ni. kubur mereka pun sebelah dengan kubur aki jabot dan isteri beliau.. aki jabot merupakan moyang aku yang di kagumi sebagai seorang yang tinggi, berharta dan beriman.. dari gambar yang bapak simpan dapatku lihat riak wajah moyangku seorang yang periang,penyayang dan warak. bapak cerita lagi, haji arshad tu penah kutuk atok sembahyang tonggang-tonggek belum tentu masuk syurga.. kesian atok dapat menantu macam tu.. tak reti jaga mulut dan hati orang tua.. lepas tu atok ku nasihat lar, rugi sapa tak solat nanti masuk neraka.. boleh pulak dia cakap.. takpelah masuk neraka boleh jumpa the beatles.. adoi..... macam tu pulak ceritanya.... tergelak anin dibuatnya, bila bapak bercerita... masa bapak cerita tu kami dlam perjalaan dalam kereta hendak ke pelangi, damansara..

No comments:

Post a Comment