Tuesday, December 19, 2017

Tell me about the practical

1
Hari ini 1 Mei 2012, genaplah sebulan aku menjalani latihan industri (LI) di Institut Perubatan Respiratori
, Kuala Lumpur. Macam tak percaya je dengan apa yang telah terjadi, bagaimana boleh aku berada di sini??kenapa tidak di Hospital Teluk Intan, kenapa tidak Hospital Sg. Buloh, kenapa tidak di klinik-klinik berdekatan ke??
pelbagai pilihan yang ada tapi pasti, aku sekarang di sini bersama dengan 10 orang lagi rakan sekelas yang lain.. awanies,shahrul, atikah ,zarif, nazeefah,zahin, azizu, anuar, rafidi dan kasturi.
Keputusan untuk balik ke Shah alam pada hari Ahad, 1 April 2012 diambil setelah pelbagai cara di gunakan untuk mendapat petunjuk Allah.. solat hajat, solat istikharah, cabutan undi kertas, pendapat ahli keluarga (termasuk anak-anak saudara), pendapat rakan-rakan..  bukan senang hemdak membuat keputusan rupanya, banyak faktor harus diambil kira.. rumah sewa, pengangkutan,bayaran ke MSU untuk praktikal diluar kwasan RM1000, tempoh praktikal untuk 3 bulan, makan, minum, pakai.

No comments:

Post a Comment